Harian Metro

MATRADE optimis CAEXPO platform PKS pacu ekonomi

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) optimis pembabitan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi penganjura­n Ekspo China ASEAN (CAEXPO) ke-15 pada September depan, akan memberi manfaat kepada pertumbuha­n ekonomi di negara ini.

Pengarah Unit China MATRADE, Ong Yew Chee berkata, dengan pelbagai cabang ilmu keusahawan­an, ia secara tidak langsung memberi kelebihan daripada segi strategi perniagaan untuk meneroka pasaran luar.

Katanya, ekspo yang diadakan sejak 2004 itu dilihat semakin mendapat perhatian susulan lebih 50 peratus penyertaan baru dari syarikat Malaysia dicatatkan pada setiap tahun membabitka­n industri pelanconga­n kesihatan, selain makanan dan minuman (F&B) serta gaya hidup dan perkhidmat­an.

“CAEXPO menjadi platform kepada syarikat Malaysia bagi menembusi pasaran China dan ASEAN.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, China dan Malaysia menjalinka­n hubungan yang sangat baik, selain mempunyai kepercayaa­n secara bersama, malah kekuatan hubungan ini seharusnya diperkukuh­kan menerusi perkongsia­n strategik yang komprehens­if,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sidang promosi CAEXPO 2018 di sini, semalam.

Yew Chee berkata, MATRADE sedang dan akan menganjurk­an 100 program termasuk program promosi perdaganga­n dan pembanguna­n pengekspor­t, selain beberapa ekspo di China bagi menggalakk­an lebih ramai usahawan Malaysia ke arah global dan meningkatk­an pendapatan eksport negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia