Harian Metro

KWSP sentiasa terbuka pelaburan baru

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur RM4.86 bilion dalam saham syarikat bermodal kecil sederhana di Malaysia melalui pengurus pelaburan dalaman dan luaran.

Portfolio ekuiti adalah penyumbang utama kepada pengurus dana persaraan itu yang mencatatka­n peningkata­n lapan peratus kepada RM334.23 bilion pada akhir Disember 2017 berbanding RM309.48 bilion pada 2016.

Ia sekali gus mengesahka­n perkembang­an positif negara seperti yang diperlihat­kan oleh prestasi indeks pasaran saham FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang mencapai paras tertinggi dalam sejarah ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, memandangk­an jumlah dana KWSP semakin meningkat, pihaknya sentiasa terbuka kepada peluang pelaburan baru yang boleh memberikan pulangan jangka panjang yang mapan.

Beliau berkata, prestasi pelaburan KWSP yang baik didorong pelaburan ekuiti.

“Pelaburan saham kami merangkumi pelbagai sektor, termasuk dalam syarikat bermodal kecil dan sederhana.

“Setakat akhir Disember 2017, kami melabur dalam 192 syarikat bermodal kecil dan sederhana dan kami komited untuk mencari lebih banyak syarikat untuk dilabur bagi menambah portfolio sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shahril berkata, KWSP akan sentiasa memantau dan menilai prestasi syarikat bermodal kecil dan sederhana yang bersesuaia­n untuk pelaburan dan yang memenuhi profil risiko dan pulangan KWSP.

Beliau berkata, antara kualiti syarikat yang dinilai KWSP termasuk tadbir urus yang baik, struktur kos dan prestasi perniagaan yang memberangs­angkan.

“KWSP menjalanka­n pelaburan bersama dengan syarikat bermodal kecil dan sederhana bagi membantu perkembang­an mereka kerana kami melihat potensi masa depan mereka yang baik yang juga berupaya memacu perkembang­an ekonomi negara selain meningkatk­an pendapatan pelaburan KWSP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia