Harian Metro

Lazada optimis kekal pertumbuha­n 100%

-

Petaling Jaya: Lazada Malaysia optimis mengekalka­n pertumbuha­n jualan 100 peratus tahun ke tahun disokong dengan pengenalan ciri baru aplikasi e-dagangnya.

Tahun lalu, Lazada Malaysia bersama Lazada Group meraih AS$250 juta (RM1.02 bilion) dalam nilai dagangan kasar (GMV) untuk Jualan Akhir Besar-Besaran 12.12 yang diadakan seiring kempen Revolusi Dalam Talian syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Christophe Lejeune berkata, pihaknya memperkena­lkan enam pembaharua­n yang membawa ciri terbaik membeli-belah untuk pelanggan.

Katanya, Applikasi Lazada kini menggunaka­n kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan perjalanan membeli-belah pelanggan lebih peribadi.

“Hari ini, Lazada adalah aplikasi membeli-belah paling banyak dimuat turun di Malaysia dengan lebih daripada tujuh juta muat turun.

“Dengan kadar penembusan telefon pintar pada suku ketiga tahun lalu iaitu pada 70 peratus, kebanyakan rakyat memilih menggunaka­n telefon pintar mereka sebagai alat membeli-belah yang utama,” katanya sempena pelancaran Festival Ulang Tahun Ke-6 Lazada di sini, semalam.

Aplikasi Lazada kini mempunyai enam ciri baru iaitu personalis­asi penuh,

Chat Now, Rebat Tunai dengan E-Wallet Lazada, kedai kegemaran serta beli dan goncang untuk tawaran.

Sementara itu, Lejeune berkata, pihaknya menyasarka­n peningkata­n jualan tiga kali ganda sempena festival yang berlangsun­g hari ini hingga Jumaat.

Pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 90 peratus untuk produk yang dijual di Lazada.

Pelanggan boleh menikmati tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama secara eksklusif, selain diskaun sehingga 70 peratus.

Beliau berkata, Lazada turut menampilka­n 1,000 jualan kilat, 1,000 baucar dan 145 kotak misteri.

Pelanggan juga boleh memenangi hadiah bernilai RM100,000 dengan menyertai pelbagai pertanding­an di laman Facebook dan

Instagram Lazada.

 ??  ?? LEJEUNE (kiri) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia Andrew Gnanananth­am melancarka­n ulang tahun perayaan Lazada ke-6, semalam.
LEJEUNE (kiri) bersama Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia Andrew Gnanananth­am melancarka­n ulang tahun perayaan Lazada ke-6, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia