Harian Metro

Bekas Speaker dijel

 Setya Novanto dipenjara 15 tahun, denda RM141,000 kerana rasuah

- Reuters

Bekas Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto, dipenjara 15 tahun dan denda 500 juta rupiah (RM141,000) oleh mahkamah di sini kerana kes penyelewen­gan dana kad pengenalan elektronik (e-ID) yang menyebabka­n negara kerugian 2.3 trilion rupiah (RM647 juta).

Hukuman itu dianggap antara yang paling tinggi dikenakan untuk kes rasuah.

Hakim Yanto yang mengetuai panel lima hakim dalam keputusann­ya berkata: “Defendan didapati bersalah bersubahat melakukan rasuah dan dipenjara 15 tahun serta didenda 500 juta rupiah.”

Setya, 62, juga dilarang memegang jawatan awam selama lima tahun selepas menjalani hukumannya, selain membayar semula AS$7.3 juta (RM29 juta) yang diperoleh dalam skandal itu.

Dia dituduh menerima habuan jutaan rupiah dalam skim mencuri AS$173 juta (RM676 juta) atau hampir 40 peratus daripada keseluruha­n bajet bagi kontrak kerajaan untuk kad pengenalan kebangsaan.

Setya tidak menunjukka­n sebarang emosi ketika hukuman dijatuhkan Hakim Yanto sebaliknya berkata, dia memerlukan masa untuk mempertimb­angkan memfailkan rayuan.

Penangkapa­nnya sebelum ini turut melihat pelbagai drama termasuk memalsukan kecederaan akibat nahas jalan raya yang dikatakan taktik untuk mengelak tuduhan. Beberapa ahli politik, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan lain turut didakwa berkaitan skandal itu. Malah penyiasat kanan yang terbabit siasatan juga separuh buta akibat serangan asid pada 2017 dipercayai berkaitan dengan tugasnya itu.

 ??  ?? SETYA (tengah) diiring polis ke mahkamah.
SETYA (tengah) diiring polis ke mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia