Harian Metro

Bunuh isteri di mahkamah

-

New Delhi: Seorang lelaki menyerang dan membunuh isterinya dengan pedang selain mencederak­an ibu mentua serta anak saudara perempuann­ya ketika mereka menemani mangsa mengikuti sesi kaunseling di mahkamah keluarga di Sambalpur, kelmarin.

Hindustan Times melaporkan, Ramesh Kumbhar menyerang isterinya, Sanjita Chowdhury, 18, dengan pedang sebelum membunuhny­a di pekarangan mahkamah keluarga.

Ibu mentuanya, Lalita Chowdhury dan anak saudara mangsa, Shivani yang berusia dua tahun setengah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Bapa mangsa yang turut bersama ketika kejadian tidak cedera kerana sempat melarikan diri.

Sanjita hadir ke mahkamah itu ditemani ibu bapa serta anak saudaranya untuk berdamai dengan lelaki terbabit.

Pasangan terbabit kahwin lari tahun lalu dan tinggal bersama untuk beberapa bulan seketika sebelum Sanjita kembali ke pangkuan keluargany­a kerana tidak tahan didera Ramesh, lapor OdishaTV.

Ramesh cuba memujuk isterinya kembali kepadanya beberapa kali, namun mangsa kemudian dikahwinka­n dengan orang lain.

Selepas mendapat tahu perkara itu, lelaki terbabit memfailkan petisyen di mahkamah keluarga mendakwa Sanjita masih isterinya.

Menurut laporan NDTV, saksi memberitah­u Sanjita pada mulanya sempat melarikan diri daripada serangan suaminya, tetapi Ramesh terus mengejar sebelum menikamnya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal Ramesh dan menyerahka­nnya kepada polis.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dikejarkan ke hospital di mana Sanjita disahkan meninggal dunia, kata polis. - Agensi

 ??  ?? SUSPEK ditahan polis.
SUSPEK ditahan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia