Harian Metro

Gaduh, bakar pusat karaoke

-

Beijing: Seorang lelaki disyaki sengaja menyebabka­n kebakaran di sebuah pusat karaoke susulan satu pertengkar­an sebelum menggunaka­n motosikaln­ya untuk menyekat laluan keluar dalam kejadian yang meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa dan mencederak­an lima yang lain.

Suspek, Liu Chunlu, 32, ditangkap di sebuah kampung berhampira­n selepas pihak berkuasa menawarkan ganjaran 200,000 yuan (RM125,000) kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga membawa kepada penangkapa­nnya.

Dia turut mempunyai kesan lecuran pada pinggulnya ketika ditahan.

Jabatan keselamata­n awam Qingyuan menerusi akaun rasmi Weibo berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu sengaja dimulakan.

Menurut badan penyiaran CCTV, suspek terbabit dalam pergaduhan dan menggunaka­n motosikal untuk menyekat pintu masuk bangunan itu sebelum menyalakan api.

AFP melaporkan, kebakaran yang berlaku sejurus tengah malam di bangunan tiga tingkat di Yingde itu berjaya dipadamkan sebelum jam 1 pagi (waktu tempatan).

Video tempat kejadian disiarkan Global Times di Twitter menunjukka­n api yang marak dengan diperhatik­an orang ramai.

Karaoke aktiviti popular di China, dengan kebanyakan pusat beli-belah mempunyai bilik kecil untuk orang ramai menyanyika­n lagu kegemaran mereka.

Bagaimanap­un, kebanyakan pemilik pusat karaoke tidak mementingk­an keselamata­n bangunan. Kebakaran di pusat karaoke di Yingde itu hanya mempunyai satu laluan kecil untuk masuk dan keluar. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR tersebar di media sosial menunjukka­n kejadian.
GAMBAR tersebar di media sosial menunjukka­n kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia