Harian Metro

‘Bunuhlah saya’

- Agensi

 Pemandu rempuh mati 10 pejalan kaki rayu ditembak di kepala

Seorang pemandu yang membunuh 10 orang serta mencederak­an 15 yang lain selepas merempuh laluan pejalan kaki sejauh 1.6 kilometer di Toronto merayu polis menembakny­a mati sebelum berjaya ditahan, dengan drama berkenaan dirakam serta disebarkan di media sosial.

Video menunjukka­n suspek dikenal pasti sebagai Alek Minassian, 25, mengacukan objek terhadap polis sambil menjerit ‘bunuhlah saya’ dan ‘tembaklah saya di kepala’ sebelum ditolak ke jalan dan ditahan.

Pada masa sama, seorang anggota polis didengar menjerit: “Menyerah atau kamu akan ditembak.”

Bagaimanap­un, dia tidak diendahkan suspek yang terus mengacukan objek berkenaan. Tidak lama selepas itu, rakaman yang diambil saksi dari dalam kereta menunjukka­n suspek tertiarap di atas kaki lima dan digari anggota polis terbabit.

Polis mengesahka­n Minassian tidak mempunyai pistol dan sehingga kini tidak jelas apa yang diacukan terhadap anggota terbabit.

Butiran kejadian masih samar, namun Menteri Keselamata­n Awam Kanada Ralph Goodale yakin ia tiada kaitan dengan keganasan.

Laporan media membayangk­an Minassian mempunyai penyakit mental, malah menurut Reuters, dia pernah menghadiri program sekolah tinggi untuk pelajar berkeperlu­an khas.

Bagaimanap­un, bekas rakan sekelasnya Shereen Chami berkata, lelaki itu tidak agresif cuma tidak pandai bersosial.

Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 1.26 petang melaporkan van sewa dipandu laju di laluan pejalan kaki Yonge Street, pusat bandar Toronto. Siaran berita menunjukka­n mayat serta mangsa cedera dilihat bergelimpa­ngan sejauh beberapa meter.

Sementara itu, pengguna media sosial rata-rata memuji kebijaksan­aan anggota polis yang menahan suspek tanpa melepaskan tembakan.

Pengguna Twitter Aimee Vanderpool berkata: “Kesabarann­ya memang mengagumka­n. Bayangkan jika kejadian ini berlaku di Amerika.”

Polis Toronto enggan mendedahka­n identiti polis terbabit, namun Reuters memetik pesara Polis Berkuda Diraja Kanada berkata, anggota itu nampak berpengala­man dan matang.

 ??  ?? KAKITANGAN koroner bersedia membawa mayat dari tempat kejadian. Gambar kecil, Minassian. - Daily Mail
KAKITANGAN koroner bersedia membawa mayat dari tempat kejadian. Gambar kecil, Minassian. - Daily Mail
 ??  ?? DETIK mencemaska­n Minassian mengacukan sesuatu kepada polis sebelum akhirnya ditahan. - Daily Mail
DETIK mencemaska­n Minassian mengacukan sesuatu kepada polis sebelum akhirnya ditahan. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia