Harian Metro

‘GEGAR’ CHINA

Pei Jing, Kian Meng pasang impian mara pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Lai Pei Jing

Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing berharap persiapan sebulan bersama pasanganny­a, Tan Kian Meng mampu membantu mereka untuk menggegar Kejohanan Badminton Asia di

Wuhan, China hari ini.

Menurut pemain kelahiran

Kuantan itu, walaupun berdepan halangan sukar menentang wakil tuan rumah, He Jiting-Du Yue, mereka berazam untuk memberikan persembaha­n terbaik seterusnya mara ke pusingan kedua.

“Kami harap mampu buat yang terbaik dan tidak memikirkan perkara lain. Sudah hampir sebulan kami memberi fokus sepenuhnya dalam latihan untuk menghadapi kejohanan ini dan harap ia membuahkan hasil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing menyertai kejohanan antarabang­sa ialah bulan lalu di Seluruh England, di mana mereka tersingkir di pusingan pertama selepas tumpas kepada Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia 18-21, 11-21.

Minggu lalu di Cabaran Antarabang­sa Malaysia, Pei Jing yang berganding­an bersama Hoo Pang Ron tewas di pusingan kedua kepada gandingan Malaysia-Indonesia, Nur Mohd Azriyn Ayub-Devi Tika Permatasar­i 21-17, 24-26, 20-22.

“Semuanya sekarang ini bertambah baik terutama gandingan saya bersama Kian Meng, cuma apa yang merisaukan kami ialah tidak mampu melakukann­ya ketika kejohanan. Kejohanan dan latihan adalah dua perkara yang sangat berbeza.

“Jadi, semuanya harus dibuktikan apabila tiba hari pertanding­an dan dari situ baru kami boleh mengukur tahap permainan serta persiapan yang dilakukan sebelum ini,” kata Pei Jing.

Bagaimanap­un, pemain berusia 25 tahun itu tidak mahu menoleh ke belakang, sebaliknya terus mempamerka­n aksi terbaik dan dalam masa sama memperbaik­i corak permainann­ya.

“Saya memang mahu memperting­katkan prestasi, bukan menumpukan kepada memperbaik­i kedudukan ranking,” katanya yang sekarang menghuni tangga ke-11 dunia bersama Kian Meng.

Turut beraksi di Kejohanan Badminton Asia ialah gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai dan mereka yang diletakkan sebagai pilihan keenam akan berdepan Lee Yang-Hsu Ya Ching dari Taiwan di pusingan pertama.

Dalam kejohanan sama tahun lalu, Kian Meng-Pei Jing berjaya mara sehingga ke suku akhir, manakala Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terkandas di pusingan pertama.

Kami harap mampu buat yang terbaik dan tidak memikirkan perkara lain. Sudah hampir sebulan kami memberi fokus sepenuhnya dalam latihan untuk menghadapi kejohanan ini dan harap ia membuahkan hasil”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia