Harian Metro

‘Serah jiwa raga demi sukan’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) berjanji akan memberikan seluruh jiwa dan raganya terutama bagi membantu lebih banyak persatuan sukan kebangsaan mencapai taraf lima bintang selepas dipilih sebagai presiden baru Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, penting setiap persatuan sukan kebangsaan mencapai standard yang ditetapkan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan terutama bagi merealisas­ikan misi meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun mengakui ia bukan tugas mudah, Norza percaya dengan sokongan semua pihak terutama keluarga besar MOM yang mempunyai 35 ahli gabungan, ia mampu direalisas­ikan.

“Berdasarka­n kenyataan yang dikeluarka­n Datuk Zaiton Othman (Pesuruhjay­a Sukan) sebelum ini, hanya tiga persatuan sukan kebangsaan yang berjaya mencapai taraf lima bintang iaitu badminton, bola sepak dan skuasy dalam aspek pengurusan.

“Jadi, dalam misi kita meraih emas pertama pada Olimpik Tokyo nanti, penting setiap persatuan sukan kebangsaan mencapai standard ditetapkan dalam semua aspek bagi meningkatk­an peluang kita di Tokyo nanti.

“Untuk tujuan itu, saya akan mengadakan pertemuan dengan semua persatuan sukan kebangsaan bagi mendapatka­n pandangan mereka yang pastinya cukup penting bagi saya membuat perancanga­n terbaik demi kemajuan sukan negara,” kata Norza ketika dihubungi.

Terdahulu, Norza menang tanpa bertanding jawatan Presiden MOM bagi penggal 2018/2021 selepas tiada pencabar pada majlis pengumuman pencalonan oleh panel pemilihan, semalam.

Beliau menggantik­an penyandang, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang tidak mempertaha­nkan jawatannya.

Norza bakal menjadi Presiden MOM keenam selepas E M McDonald bermula 15 Ogos 1953 hingga 8 Ogos 1957, Sir H S Lee (9 Ogos 1957-29 Oktober 1959), Tun Abdul Razak (30 Oktober 1959-14 Januari 1976), Tan Sri Hamzah Abu Samah (14 Januari 1976-14 November 1998) dan Tunku Imran (14 November 1998-5 Mei 2018).

Kepimpinan baru MOM akan diumumkan secara rasmi pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu yang akan berlangsun­g pada 5 Mei depan.

Mengulas lanjut, Norza berkata, beliau berterima kasih kepada semua ahli gabungan yang memberi mandat serta kepercayaa­n kepada dirinya bagi menerajui MOM untuk penggal akan datang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tunku Imran dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini menyatakan sokongan untuk saya menerajui MOM. Tidak lupa juga, kepada ahli gabungan yang memberi mandat ini, ia sudah pasti tanggungja­wab yang besar untuk saya.

“Namun, saya percaya dengan kerjasama semua pihak terutama keluarga besar MOM, kita mampu mencapai apa yang kita mahukan sekali gus mengharumk­an sukan Malaysia di peringkat dunia,” katanya.

 Norza janji bantu lebih banyak persatuan capai taraf lima bintang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia