Harian Metro

Herve puji semangat kental Hafizh

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan Monster Yamaha Tech3, Herve Poncharal

memberi motivasi terbaik buat Hafizh Syahrin Abdullah meskipun pelumbanya itu gagal menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, hujung minggu lalu.

Herve memuji sikap Hafizh yang pada mulanya terjatuh ketika sesi pemanas badan sebelum bangkit untuk memulakan perlumbaan sebelum nasib malang itu sekali lagi menimpanya ketika bersaing dalam kelompok depan.

“Saya amat bersimpati dengan Hafizh apabila sekali lagi menunjukka­n persembaha­n menarik minggu

(gambar)

ini,” kata Poncharal. “Ia mungkin mencetuska­n penamat yang baik, tetapi terjatuh di sesi pemanas badan dan menggunaka­n tayar baru membawanya ke satu sisi yang lain.

“Dia dengan berani mahu memulakan perlumbaan, dia melakukann­ya, dia pantas dan mampu berada sehingga ke posisi ke-11 tetapi dia melakukan kesilapan kecil yang menyebabka­n dirinya terjatuh.

“Meskipun tidak mengutip sebarang mata, Hafizh masih mengunggul­i kedudukan dalam carta muka baru kelas perdana MotoGP dengan sembilan mata di depan pencabar dari Itali, Franco Morbidelli (enam mata).

“Apapun, dia masih mendahului klasifikas­i rookie (muka baru) dan kami amat berbangga. Dia sedang belajar dan saya fikir dia akan sangat kuat di Sepanyol dan Perancis,” kata Poncharal.

Pusingan keempat musim selepas ini dijadual berlangsun­g di GP

Espana di Litar Jerez pada 6 Mei ini sebelum beralih ke perlumbaan laman sendiri bagi pasukan di GP Perancis, 14 hari kemudian.

 ??  ?? AKSI Hafizh sebelum terbabas di Litar Amerika Syarikat.
AKSI Hafizh sebelum terbabas di Litar Amerika Syarikat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia