Harian Metro

Everton raih tiga mata berharga TAGIH BISA TRIO BBC

- AFP

Liverpool: England: Jaringan Theo Walcott sebelum tamat separuh masa pertama memastikan kemenangan Everton ke atas Newcastle United 1-0 awal pagi semalam, sekali gus melonjakka­n kelab Merseyside itu ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris - kedudukan tertinggi mereka musim ini.

Selepas permulaan hambar di Goodison Park, Ayoze Perez hampir meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-50, namun tersasar daripada gawang yang diawasi Jordan Pickford selepas menerima umpanan pemain Brazil, Kenedy.

Beberapa saat kemudian, Everton pula berada di depan selepas Yannick Bolasie melakukan hantaran dari kanan padang dan bekas pemain sayap Arsenal, Walcott menyambut bola sebelum meledak gol kemenangan untuk membantu pasukan mengumpul 45 mata daripada 35 perlawanan.

Newcastle yang berada di tangga ke-10, berdepan tekanan saat akhir ketika memburu mata yang akan memastikan mereka kekal di liga utama itu namun gagal menemui penyudah sempurna dan kekal dengan 41 mata, 12 mata di atas zon penyingkir­an. - Reuters

Madrid

Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Karim Benzema pada satu ketika dilabel trio yang tidak boleh disentuh.

Bagaimanap­un, hanya seorang daripada gandingan yang diberi gelaran ‘BBC’ itu mampu memastikan tempat dalam kesebelasa­n utama Real Madrid ketika membuat perhitunga­n menentang Bayern Munich pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Dianggap antara tonggak yang membawa Real ke peringkat empat terbaik, Ronaldo membuktika­n ketajaman di depan gawang apabila meledak 22 gol dalam 12 perlawanan termasuk sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap 11 perlawanan di pentas Eropah.

Tetapi, ketika bintang Portugal itu menikmati kebangkita­n, dua rakan sepasukann­ya mendapati khidmat dan tanggungja­wab mereka dihadkan menjelang aksi pertama di Allianz Arena.

Kemerosota­n Bale tampak ketara. Selepas pulih daripada kecederaan awal tahun ini, pemain Wales itu diletakkan di bangku simpanan bagi kedua-dua aksi timbal balik menentang Paris Saint-Germain dan perlawanan pertama suku akhir bertemu Juventus.

Pada perlawanan kedua, dia disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama, tetapi menempuh detik memalukan apabila dikeluarka­n pada babak pertama.

Bagi Benzema, kejatuhan prestasiny­a lebih mengejutka­n selepas pengurus, Zinedine Zidane meletakkan­nya sebagai gandingan ‘utama’ buat Ronaldo dan di sebalik usaha kerasnya, ketandusan jaringanny­a agak membimbang­kan apabila hanya menjaringk­an satu gol dalam 10 perlawanan.

“Dia (Benzema) bergelut sedikit, apabila melepaskan peluang, dia kecewa, tetapi jalan penyelesai­annya adalah mudah,” kata Zidane.

“Dia perlu terus bekerja keras. Dia hanya mengalami sedikit kejatuhan prestasi ketika ini.

“Saya tidak dapat melihat sesiapapun sedang bersedih. Saya berkata kepada gandingan mereka sebelum ini, mereka gemar untuk menjaringk­an lebih banyak gol, tetapi semua orang bermain dengan baik.

“Ia sentiasa berlaku kepada pasukan seperti kami, ada pemain berada di prestasi yang bagus di dalam pasukan

 Benzema, Bale perlu atasi kemerosota­n prestasi untuk bantu Ronaldo perkasa pasukan

dan bermain dengan baik.” Mengulas pertembung­an dengan Bayern, Zidane mengakui beliau tidak begitu bimbang.

“Memang benar pada dua perlawanan sebelum ini kami memperoleh peluang dan kami tidak mengambiln­ya, tetapi kini kami akan mengharung­i perlawanan pada Rabu (awal pagi esok) jauh dari gelanggang sendiri.

“Kami akan cuba untuk menjaringk­an gol dan apa yang perlu kami lakukan adalah berfikir dengan positif dan sedar dalam bola sepak apa saja boleh berlaku tidak kira siapapun bermain di atas padang.”

 ??  ?? RONALDO (tengah) sandaran utama Real robek gawang Bayern.
RONALDO (tengah) sandaran utama Real robek gawang Bayern.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia