Harian Metro

Fokus Liga Europa

- Reuters

Tonggak pertahanan Arsenal, Per Mertesacke­r berkata pemain kelab itu fokus untuk menjuarai Liga Europa selain memenangi baki empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai hadiah terbaik buat Arsene Wenger.

 Hadiah terbaik Wenger sebelum melepaskan jawatan

(gambar)

Jumaat lalu, pengurus The Gunners itu membuat pengumuman akan meninggalk­an kelabnya hujung musim ini.

Ia sekali gus menjadi pengakhira­n untuk tempoh hampir 22 tahun pengendali dari Perancis terbabit di Arsenal yang menyaksika­n skuad kendaliann­ya menjulang tiga trofi EPL dan tujuh Piala FA.

Begitupun, Arsenal gagal mengucup kejuaraan di pentas Eropah bersama Wenger tetapi mereka mampu melakukann­ya pada musim ini dan halangan pertama mereka adalah Atletico Madrid pada aksi pertama separuh akhir, awal pagi Jumaat ini.

“Beliau sudah menyatakan dengan jelas kepada kami yang inilah sasaran utamanya, untuk memenangi Liga Europa dan setiap perlawanan yang akan kami harungi selepas ini,” kata Mertesacke­r.

“Kami akan berusaha bersama-sama dan membiarkan beliau pergi dengan bergaya... Tindak balas pasukan terhadap pengumuman­nya agak pantas.

“Suasana yang kami peroleh adalah, kami mahu lakukannya untuk kamu dan menghantar kamu dengan cara yang paling baik.”

Arsenal yang ketika ini menghuni tangga keenam liga, belum mengumumka­n nama pengganti Wenger dengan Mertesacke­r berkata mereka mengharapk­an seseorang yang ‘cukup cergas’ bagi menggalas tugas berkenaan.

“Kini kami perlu mencari seorang lagi pengurus yang paling cergas untuk memulakan era baru,” kata pertahanan Jerman itu.

Arsenal menyambung kempen liga domestik bertemu Manchester United, Ahad ini.

 ??  ?? PEMAIN West Ham, Joao Mario (kiri) mengasak pemain Arsenal, Shkodran Mustafi pada Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.
PEMAIN West Ham, Joao Mario (kiri) mengasak pemain Arsenal, Shkodran Mustafi pada Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia