Harian Metro

Menang tapi tak layak

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Kumpulan H dengan kemenangan selepas menewaskan Song Lam Nghe An FC 3-2 pada aksi Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi, namun terlepas peluang ke separuh akhir Zon ASEAN.

Skuad kendalian Raul Longhi gagal mengiringi Persija Jakarta yang muncul juara Kumpulan H selepas menewaskan Tampines Rovers 4-2 pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Song Lam Nghe An FC yang berada di tangga kedua selepas mengumpul 10 mata kini menduduki tempat kedua terbaik Zon ASEAN dengan Home United yang turut mengumpul mata sama, akan bertemu Ceres Negros di Stadium Pana-ad, Manila malam ini.

Skuad Harimau Selatan mula menyusun strategi menggempur benteng kelab dari Vietnam itu pada minit keenam namun Ahmad Hazwan Bakri terlepas peluang untuk merembat bola tepat ke gawang gol.

Gol yang dicari JDT hadir pada minit ke-36 apabila bola sepakan sudut Safiq Rahim disambut Natxo Insa

yang mengumpan bola ke belakang buat Aidil Zafuan Abd Razak yang berada dalam posisi terbaik merembat bola leret menewaskan Van Tien.

Selang dua minit kemudian, gol kedua tuan rumah dihasilkan menerusi hantaran lintang Corbin Ong yang disambut tandukan Syafiq Ahmad ke penjuru kanan gol pelawat.

Bagaimanap­un, kegembiraa­n tuan rumah disentap pada minit ke-40 selepas Song Lam Nghe An FC merapatkan jurang gol apabila bola rembatan Viet Nguyen mengeliruk­an penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan untuk kedudukan 2-1.

Pelawat bangkit menyamakan kedudukan pada minit akhir babak pertama, hasil tandukan Tuan Tai.

Asakan bertali arus tuan rumah bagi mencari kemenangan berjaya dihasilkan pada minit ke-66 apabila pengadil dari Korea Selatan, Kim Hee Gon tidak teragak-agak menghadiah­kan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan pelawat.

Safiq merembat bola leret tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Van Tien untuk membolehka­n JDT mendahului 3-2, namun kemenangan itu masih belum mampu melayakkan skuad Harimau Selatan layak ke separuh akhir.

 ??  ?? SYAFIQ (kiri) ledak gol kedua JDT ketika menentang Song Lam Nghe An FC di Larkin, malam tadi.
SYAFIQ (kiri) ledak gol kedua JDT ketika menentang Song Lam Nghe An FC di Larkin, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia