Harian Metro

Da Silva mahu terus ledak gol

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Watak ‘pemusnah’ yang kini digalas oleh pemain import Kedah Sandro Da Silva terus ditagih Kedah apabila bertandang ke Terengganu untuk aksi perlawanan Liga Super, menentang Terengganu FC Jumaat ini.

Malah, dua jaringan berbisa yang dihasilkan pemain import berpengala­man kelahiran Brazil sewaktu Kedah berhadapan Selangor sebelum ini terus membakar semangat Sandro untuk membantu pasukannya dalam misi memburu tiga mata di Kuala Terengganu nanti.

“Saya terima tugas sebagai penyerang utama jika terus diamanahka­n oleh ketua jurulatih Nidzam Adzha Yusof bagi memastikan memastikan jentera serangan Kedah berada pada tahap yang terbaik pada perlawanan seterusnya.

“Saya mahu terus bekerja keras bersama rakan sepasukan, dua gol ketika menentang Selangor sebelum ini benar-benar membakar semangat saya untuk terus membantu Kedah memburu kemenangan.

“Dengan komitmen dan persefaham­an yang baik dalam pasukan, saya bersyukur dapat menghasilk­an jaringan gol bagi membantu pasukan, namun apa yang lebih penting adalah kemenangan pasukan yang perlu diteruskan

(gambar),

dalam setiap perlawanan untuk memburu tiga mata,” kata Sandro.

Sandro yang memasuki tahun keempat bersama Kedah berkata sudah tiba masanya Kedah kembali bangkit dengan prestasi terbaik untuk kembali berada dalam kelompok teratas Liga Super seperti yang dilakukan musim lalu.

“Kehilangan mata penting dalam beberapa perlawanan sebelum ini menyebabka­n Kedah tidak berada dalam kelompok teratas liga, dan kemenangan sepasukann­ya, Bruno Suzuki ketika beraksi bersama pasukan TFC II sebelum ini.”

Penyerang berusia 34 tahun itu bakal disunting barisan jurulatih TFC selepas penyerang utama yang juga kapten pasukan Kipre Tchetche cedera dan tidak sempat sembuh menjelang pertemuan dengan Kedah nanti.

Tchetche atau lebih dikenali sebagai Drogba Terengganu yang kini mengunggul­i penjaring terbanyak Liga Super dengan enam gol, cedera di paha dan terpaksa dikeluarka­n selepas meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat, 13 April lalu. seterusnya perlu dicari untuk kembali mengukuhka­n kedudukan.

“Saya sedar Terengganu memiliki pilihan pemain yang berwibawa, beraksi di laman sendiri akan menjadikan mereka lebih kuat dan itulah cabaran yang perlu kita hadapi nanti,” katanya.

Sandro meledak lapan gol dalam aksi Liga Super musim lalu dan musim ini, dia membantu Kedah menghasilk­an dua gol sewaktu bertemu Selangor serta satu gol ketika bertemu

Perak.

Mohamad bagaimanap­un, belum membuat keputusan muktamad untuk meminjam Wasiu kerana pemain itu perlu membantu pasukannya terlebih dulu untuk menghadapi Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana di Stadium Batu Kawan malam ini.

“Selepas aksi itu kita perlu melihat tahap kecergasan penyerang itu terlebih dulu sama ada berada pada tahap terbaik atau sebaliknya.

“Jika pemain itu tidak menghadapi sebarang masalah termasuk bebas daripada sebarang kecederaan, kita bakal menyenarai­kan pemain berkenaan apabila bertemu Kedah nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia