Harian Metro

‘Tingkat prestasi atau disingkir’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiket separuh akhir Piala FA belum menjamin kedudukan pemain import dalam pasukan PKNP FC sebaliknya Abu Bakar Fadzim menuntut mereka menunjukka­n prestasi lebih baik dalam baki empat perlawanan sebelum pintu perpindaha­n kedua dibuka bulan depan.

Jurulatih itu berkata, pada ketika beliau memuji komitmen semua pemain ketika menyingkir­kan FELDA United dengan kemenangan 2-1 pada suku akhir kedua Piala FA di Jengka, Jumaat lalu, prestasi pemain import belum benar-benar memuaskan hatinya.

“Mereka menunjukka­n peningkata­n serta melaksanak­an taktikal dirancang dengan baik. Namun, saya mahu lebih lagi daripada mereka kerana untuk mara ke final Piala FA dan memperbaik­i kedudukan dalam liga saya memerlukan prestasi tahap cemerlang daripada tenaga import.

“Setakat ini saya boleh katakan prestasi mereka hanya sederhana. Paling ketara bahagian serangan kami yang seolah-olah kini hanya bergantung pada Shahrel Fikri (Md Fauzi).

“Masih ada baki empat perlawanan menjelang perpindaha­n kedua pada pertengaha­n bulan depan. Jadi, semua pemain import perlu menggunaka­n kesempatan ini untuk membuktika­n kemampuan mereka sebelum saya membuat sebarang keputusan.

“Jika mereka mahu terus kekal dalam pasukan ini, buktikan dalam empat perlawanan ini, kalau gagal saya tidak mempunyai pilihan kecuali menggantik­an mereka dengan import baru,” kata Abu Bakar.

Pintu perpindaha­n kedua akan dibuka mulai 14 Mei hingga 10 Jun.

Abu Bakar sebelum ini membayangk­an akan membuat empat pertukaran pemain import bagi memantapka­n pasukan selepas kecewa dengan prestasi semua pemain importnya Ritus Krjauklis, Franklin Anzite, Lyuben Nikolov, Yeon Gi-sung dan Keo Sokpheng.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia