Harian Metro

Misi jerat Selangor

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Negeri Sembilan yang akan bertemu Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu ini, yakin mampu mengejutka­n lawan mereka itu yang masih segar dengan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA.

Selepas impian meraih kemenangan ke atas Kelantan pada aksi di tempat sendiri 14

April lalu tersasar angkara kesilapan dilakukan pada penghujung babak perlawanan, kini pemain Negeri Sembilan berharap perancanga­n mereka menjadi pada pertembung­an dengan skuad Gergasi Merah, sekali gus mencatat kemenangan kedua dalam saingan liga musim ini.

Tonggak pertahanan Negeri Sembilan Noor Hazrul Mustafa berkata, walaupun prestasi pasukan dalam empat perlawanan lalu kurang memuaskan, pemain tetap bersemanga­t untuk bangkit memburu kemenangan. “Keputusan seri dengan Kelantan pada aksi di laman sendiri sebelum ini sememangny­a mengecewak­an dan ia nyata beri pengajaran berguna supaya kami tidak leka dan ulangi kesilapan yang boleh merugikan pasukan,” kata pemain kelahiran Sungkai, Perak yang mesra dipanggil Ooi itu.

“Kini kami fokus kepada usaha memperbaik­i kelemahan bagi memantapka­n lagi kekuatan pasukan dan memastikan aksi lebih baik dapat dipamerkan pada perlawanan Sabtu nanti.

“Walaupun kami sedar Selangor bukan calang-calang pasukan, apatah lagi dengan kejayaan mereka layak ke separuh akhir Piala FA yang sudah tentu mampu meningkatk­an motivasi mereka, kami perlu berjuang habis-habisan untuk mendapatka­n kemenangan.”

Selepas menamatkan enam perlawanan Liga Super, Negeri Sembilan yang terperosok di dasar liga sekadar mencatat satu kemenangan dan satu seri.

Noor Hazrul yang memasuki musim kedua bersama skuad Hobin Jang Hobin, yakin dengan perubahan dan penekanan dilakukan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah sejak mengambil alih tugas itu awal bulan lalu.

“Saya dapat rasakan ada peningkata­n dalam persembaha­n dan persefaham­an antara pemain juga lebih baik.

“Bagi pertembung­an dengan Selangor, walaupun sukar kerana beraksi di tempat lawan, ia sangat penting bagi kami mencapai kemenangan untuk keluar dari kedudukan sekarang, sekali gus mengelak ketinggala­n jauh dengan pencabar lain,” kata bekas pemain Kelantan itu.

 Skuad Jang mahu pastikan Gergasi Merah gigit jari di Cheras

 ??  ?? AKSI pemain import Negeri Sembilan, Renars Rode (kanan) ketika berdepan Kelantan.
AKSI pemain import Negeri Sembilan, Renars Rode (kanan) ketika berdepan Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia