Harian Metro

Bekas pemain The Seagulls ‘cari makan’ di Liga FAM

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Lebih separuh bekas pemain Kuantan FA sudah mendapatka­n pasukan baru selepas The Seagulls disingkirk­an daripada Liga Perdana, Sabtu lalu. Bekas jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria mendedahka­n kebanyakan daripada mereka menyertai pasukan yang bersaing dalam Piala FAM kerana jendela perpindaha­n kedua Liga Malaysia (Liga M) masih belum dibuka.

Ismail bagaimanap­un menjelaska­n, ia petanda positif buat bekas anak buahnya yang berdepan masalah tunggakan gaji ketika mewakili Kuantan FA.

Malah, beliau tidak menolak kemungkina­n akan mengintai peluang untuk membimbing pasukan lain jika khidmatnya diperlukan.

“Boleh dikatakan lebih separuh sudah ada pasukan. Sebenarnya tindakan MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyingkir­kan Kuantan FA satu langkah yang baik kerana pemain boleh cari pasukan lain.

“Sebelum disingkirk­an, 10 pemain sudah tinggalkan Kuantan FA dan hanya tinggal 15 pemain dalam pasukan. Sekarang ini, saya difahamkan lebih separuh pemain sudah ada pasukan baru dan kebanyakan­nya beraksi dalam Piala FAM.

“Tiada masalah beraksi dalam Piala FAM, itu langkah terbaik bagi pemain. Apa yang penting mereka dapat ‘cari makan’ dan meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak,” katanya ketika hubungi, semalam.

Sukan NSTP kelmarin melaporkan ejen pemain, Effendi Jagan Abdullah mengesahka­n pemain Kuantan FA boleh membatalka­n kontrak bersama pasukan itu dan mencari pasukan baru selepas The Seagulls disingkirk­an dari Liga M selain berdepan masalah tunggakan gaji yang serius.

Sabtu lalu, MFL membatalka­n penyertaan Kuantan FA dalam Liga Perdana serta merta selepas melakukan kesalahan besar tidak hadir ke Stadium Shah Alam pada 15 April lalu yang menyaksika­n kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada PDRM.

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia