Harian Metro

SEMBELIH KENALAN

- Junaidi Ladjana dan Ainul Durmahyant­y Durming cnews@nstp.com.my

Tanjung Manis: Seorang buruh yang sedang mencari besi buruk berhampira­n kawasan Perikanan Tanjung Manis, di sini, semalam, terkejut apabila menjumpai sebutir bom lama.

Bom lama berkenaan dijumpai Mohardi Fauzi, 42, ketika mengorek tanah di kawasan berkenaan kira-kira jam 4 petang.

Pada mulanya dia hanya menyangka besi buruk yang ditemuinya itu besi biasa, tetapi akhirnya menyedari ia sebutir bom selepas mengamati bentuknya.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superitend­an Awang Alfian Awang Bujang berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksan­ya.

“Dia (Mohardi) pergi ke kawasan itu untuk mencari besi buruk untuk dijual, tetapi menjumpai bom berkenaan. Dia bergegas membuat laporan di Balai Tanjung Manis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

“Kami kemudian memantau dan menandakan kawasan itu sebagai langkah keselamata­n.

“Berdasarka­n keadaannya yang sudah berkarat, kita percaya ia sebuah bom zaman Perang Dunia Kedua yang tidak meletup,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Awang Alfian berkata, bom berkenaan kemudian dilupuskan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei. jam 1.25 tengah hari, Fazrin Ibrahim, 30, dari Kampung Tabanak, Jalan Silam, di sini, meninggal dunia di lokasi lejadian.

Adik ipar mangsa, Hardisyam Saparuddin, 11, luka di jarinya akibat ditetak suspek dan kini terpaksa menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Difahamkan, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian sejurus bertindak demikian meninggalk­an kanak-kanak itu dalam keadaan berlumuran darah di sisi mangsa sambil menangis hingga terpaksa ditenangka­n oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kanakkanak yang cedera itu kini menjalani rawatan di Hospital Lahad Datu.

“Hasil keterangan daripada kanakkanak yang cedera itu mendakwa suspek terbabit dikenali sebagai ‘Kajan’ mempunyai hutang dengan abang iparnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mayat Fazrin dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat.

“Polis sedang giat mengesan suspek termasuk menggunaka­n Unit Anjing Pengesan

(K9).

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? SEBUTIR bom lama dijumpai oleh seorang lelaki di kawasan Perikanan Tanjung Manis. Suspek dikenali sebagai ‘Kajan’ didakwa ada hutang
dengan mangsa HARDISYAM (kiri) yang
cedera menangis di samping Fazrin yang maut selepas ditetak menggunaka­n parang di...
SEBUTIR bom lama dijumpai oleh seorang lelaki di kawasan Perikanan Tanjung Manis. Suspek dikenali sebagai ‘Kajan’ didakwa ada hutang dengan mangsa HARDISYAM (kiri) yang cedera menangis di samping Fazrin yang maut selepas ditetak menggunaka­n parang di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia