Harian Metro

Rampas 20 tan sawit

 APMM tahan kapal kargo bawa bahan secara tidak sah

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah kapal kargo yang membawa 20 tan buah kelapa sawit dipercayai secara tidak sah, tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tawau Kepten Maritim Romli Mustafa berkata, muatan buah kelapa sawit itu dianggarka­n bernilai RM12,500 itu disyaki dibawa masuk ke daerah itu dari negara jiran tanpa sebarang permit sah daripada pihak Lembaga Sawit Malaysia.

Menurutnya, sepasukan anggota APMM yang melakukan tugasan harian terserempa­k dengan kapal kargo berkenaan di perairan Wallace Bay di sini, dalam keadaan mencurigak­an pada jam 12.15 tengah hari.

“Hasil pemeriksaa­n awal mendapati seorang juragan warga Indonesia berusia 23 tahun berada dalam kapal kargo berkenaan dipercayai cuba membawa masuk muatan kelapa sawit ke daerah ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Romli berkata, juragan dan kapal kargo berkenaan kemudianny­a ditahan dan dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Menurutnya, pihaknya akan terus meningkatk­an operasi dari semasa ke semasa bagi membantera­s aktiviti penyeludup­an bahan komoditi itu.

Beliau juga mengalu-alukan penduduk tempatan agar dapat menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludup­an dengan menghubung­i talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752116.

 ??  ?? ANGGOTA APMM menahan kapal kargo di kawasan perairan Wallace Bay, di Tawau.
ANGGOTA APMM menahan kapal kargo di kawasan perairan Wallace Bay, di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia