Harian Metro

Tak sempat keluar...

-

Lahad Datu: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup keluar ke perairan Filipina pada Mac lalu dijatuhkan hukuman penjara selama enam hingga sembilan bulan serta tiga kali sebatan setiap seorang di Mahkamah Lahad Datu di sini, semalam.

Kesemua PATI berusia antara 20 hingga 42 tahun sebelum ini ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphae berkata, mereka itu ditahan pada Mac lalu selepas dikesan mencurigak­an oleh bot peronda APMM

APMM akan sentiasa membuat rondaan dan menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi memastikan perairan Malaysia selamat”

yang sedang menjalanka­n tugasan rondaan di sekitar perairan Tanjung Labian.

Menurutnya, ketika itu mereka dikesan berada dalam sebuah bot pancung di perairan berkenaan.

Katanya, bot pancung yang membawa enam PATI berkenaan didapati melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Mahkamah sudah menjatuhka­n hukuman setimpal terhadap mereka itu kerana tidak mematuhi undang-undang negara kita.

“APMM akan sentiasa membuat rondaan dan melaksanak­an menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi memastikan perairan Malaysia selamat dan membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

“Orang ramai boleh menyalurka­n maklumat kepada pihak kami dengan menghubung­i terus Pusat Operasi APMM Lahad Datu 089- 885727 atau talian MERS 999 untuk sebarang kecemasan sewaktu di perairan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Radzil

 ??  ?? PATI yang dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.
PATI yang dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia