Harian Metro

Operasi SAR mangsa lemas diperluask­an

-

Papar: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa lemas di Pantai Bundusan, Melugus, di sini, semalam, diperluask­an sehingga 10 batu nautika dari lokasi kejadian.

Usaha mencari Ng Hoi Lang, 20, dilakukan oleh pelbagai pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nelayan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya berkata, operasi SAR dilakukan seawal jam 6.15 pagi dan seramai 25 anggota bomba terbabit selain dibantu pelbagai pasukan penyelamat.

“Usaha mencari mangsa hari ini (semalam) diperluask­an ke arah laut hingga 10 batu nautika kerana kejadian sudah memasuki hari ketiga dan mungkin mangsa sudah jauh dari lokasi kejadian.

“Selain itu, pencarian turut dilakukan di permukaan air dan menggunaka­n khidmat pasukan penyelam skuba bomba di kawasan tertentu seperti lubuk yang berpotensi kemungkina­n mangsa tersangkut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, Janil berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk berhubung penemuan mangsa.

Sementara itu, Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, sepasukan anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar mengenai kejadian itu.

“APMM meluaskan kawasan pencarian sehingga ke 173 batu nautika dari lokasi mangsa hilang dan usaha mencari mangsa masih diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.15 petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Perak bersama seorang kanak-kanak, Petrus Lai Chui Ming, 12, mandi di kawasan muara berkenaan sebelum kedua-duanya dihanyutka­n arus.

Majikan kepada Hoi Lang, Tham Khei Loon, 38, berkata, pemuda itu adalah pekerja di restoran makanan Cina miliknya di Pekan Papar, manakala Chui Ming adalah anak kepada rakan kongsinya.

Bagaimanap­un, mayat Chui Ming ditemui sekumpulan nelayan di kawasan pantai kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada jam 6.50 pagi kelmarin. Lebih 300 isi rumah di kawasan Parlimen Batang Lupar dikesan memerlukan bantuan segera walaupun nama mereka tidak tersenarai antara penerima bantuan kerajaan.

Golongan yang layak menerima bantuan itu dikesan menerusi pencarian yang dilaksanak­an dengan pendekatan cari dan bantu yang dilaksanak­an oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, konsep cari dan bantu yang diusahakan YKN itu adalah bagi memastikan lebih ramai rakyat layak menerima bantuan daripada kerajaan.

Menurutnya, semua yang dikesan menerusi kaedah cari dan bantu oleh YKN itu bukan mereka yang termasuk dalam senarai penerima bantuan e-Kasih yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mujur dengan adanya kaedah ini, lebih banyak isi rumah berkelayak­an termasuk di Parlimen Batang Lupar berjaya dikenal pasti dan akan dibantu.

“Kita berharap kaedah cari dan bantu ini dapat menyelesai­kan masalah isi rumah yang langsung tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Program Selami Kasih YKN 2018 khusus untuk penerima bantuan di kawasan Lingga, Maludam dan Sebuyau di sini, semalam.

Program Selami Kasih YKN dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 Mac lalu dengan mensasarka­n untuk mencari lebih 50,000 penerima yang layak di seluruh negara.

 ??  ?? ANGGOTA APMM pertingkat usaha mencari seorang lagi mangsa lemas di Pantai Bundusan, Melugus Kota Kinabalu.
ANGGOTA APMM pertingkat usaha mencari seorang lagi mangsa lemas di Pantai Bundusan, Melugus Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia