Harian Metro

Pangkalan TLDM tarik pelancong Gagal ikut piawaian

- Recqueal Raimi

Pulau Udar di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, boleh dijadikan tarikan pelanconga­n pada masa depan khususnya bagi anggota tentera laut luar negara yang mengadakan lawatan ke pangkalan itu.

Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Syed Zahirudin Putra Syed Osman berkata, pembinaan jambatan satu kilometer menghubung­kan pangkalan itu ke pulau dalam perancanga­n.

“Kami akan membina lebih banyak kemudahan di kawasan ini termasukla­h menambah bangunan yang boleh dijadikan hotel atau resort untuk penginapan selain bilik seminar serta kafe,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Eco Park Pulau Udar di sini, semalam.

Menurutnya, warga

TLDM kini boleh melakukan aktiviti melihat taman bawah air, mendaki, menyelam, memancing dan menaiki perahu Bajau.

cnews@nstp.com.my

Kebanyakan kawasan di 35 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang diperiksa di daerah ini masih gagal menepati ciri keselamata­n beroperasi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud Rozlan Osman berkata, hasil pemeriksaa­n di Kedamaian, Tempasuk dan Usukan bermula 16 April lalu PDM yang diperiksa tidak mempunyai ciri keselamata­n ditetapkan.

Menurutnya, 10 PDM di daerah itu yang akan diperiksa bagi memastikan piawaian keselamata­n disediakan dengan rapi sekali gus mampu mencegah kejadian tidak diingini.

“Antara masalah utama yang dikenal pati ialah kekurangan alat pemadam api manakala sebahagian alat pemadam api yang ada pula tidak diselengga­rakan mengikut tempoh ditetapkan iaitu setahun sekali.

“Kami mahu PDM yang diperiksa memastikan alat pemadam api dalam keadaan baik dan disahkan Jabatan

 Pusat mengundi kurang alat pemadam api cegah kebakaran

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Menurutnya, pihaknya memberi senarai pematuhan kepada PDM berkaitan untuk dikemas kini.

Selain itu, Rozlan berkata, pili bomba atau sumber air berhampira­n diperiksa bagi memastikan digunakan pada bila-bila masa.

“Pemeriksaa­n di daerah ini dijangka selesai pada Khamis ini,” katanya sambil menambah setiap PDM juga mendapat khidmat nasihat mengenai langkah keselamata­n dan tindakan perlu diambil bagi mencegah risiko kebakaran.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa pili bomba untuk memastikan dalam keadaan baik di Pusat Daerah Mengundi, di Kota Belud.
ANGGOTA bomba memeriksa pili bomba untuk memastikan dalam keadaan baik di Pusat Daerah Mengundi, di Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia