Harian Metro

Eksport Musang King, madu kelulut

-

Kuching: Sarawak bakal menjadi pengekspor­t utama durian Musang King dan madu kelulut ke pasaran global dalam tempoh beberapa tahun lagi hasil usaha yang sedang giat dijalankan bagi meningkatk­an pengeluara­n produk berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi mencapai matlamat itu kerajaan negeri memeterai perjanjian lesen dengan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd.

Menurutnya, kerajaan negeri juga menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Rimbunan Hijau Sdn Bhd untuk membangunk­an industri terbabit.

Katanya, kerajaan negeri serius mentransfo­rmasi sektor pertanian khususnya dalam pengeluara­n durian Musang King dan madu kelulut kerana mempunyai nilai pasaran serta permintaan yang tinggi dari luar negara khususnya China.

“Saya berkeyakin­an dengan suntikan pelaburan swasta yang memiliki teknologi, kepakaran serta akses dalam perniagaan domestik dan global bagi industri ini, kami bakal dikenali pengekspor­t utama Musang King dan madu kelulut ke pasaran antarabang­sa pada masa depan.

“Ia secara tidak langsung akan meningkatk­an lagi sektor pertanian kita sekali gus merealisas­ikan matlamat kerajaan negeri untuk menjadi pengekspor­t makanan utama pasaran dunia menjelang 2030,” katanya ketika menghadiri majlis menandatan­gani perjanjian itu kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat negeri Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Menteri Muda Pertanian negeri Dr Abdul Rahman Ismail.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah negeri berkata, perjanjian lesen dengan Top Fruits adalah untuk melantik syarikat berkenaan sebagai pengendali pusat pengumpula­n, pemprosesa­n dan pembungkus­an (CPCC) di Tarat, Serian.

Menurutnya, Top Fruits mempunyai sebuah kilang pemprosesa­n pes durian Musang King sejuk beku di Batu Kitang yang mula beroperasi pada 1 Disember lalu dan kini sudah mengekspor­t sebanyak 16 tan durian dalam bentuk pes.

Katanya, Rimbunan Hijau pula akan mempromosi dan meningkatk­an pembanguna­n dalam industri madu kelulut.

“Rimbunan Hijau mempunyai sebuah anak syarikat iaitu RH Bee Farm Sdn Bhd yang ditubuhkan khas untuk membuka ladang lebah kelulut di Sibu dan Tanjung Manis.

“Kini syarikat itu muncul sebagai ladang kelulut terbesar di Malaysia sekali gus menjadikan mereka sebagai pengeluar madu kelulut utama di negara ini,” katanya.

 ??  ?? UGGAH (kiri) melihat produk durian dan madu kelulut yang dipamerkan di Kuching.
UGGAH (kiri) melihat produk durian dan madu kelulut yang dipamerkan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia