Harian Metro

HM MENANG ANUGERAH ASIA KALI KEEMPAT

- Azizi Othman cnews@nstp.com.my

Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) meraih tiga trofi di majlis Anugerah Media Asia (Asian Media Awards) 2018 di sini, semalam.

Laporan mengenai bagaimana nahas membabitka­n seorang pembalak akhirnya mendedahka­n mengenai kemusnahan alam sekitar yang disiarkan akhbar serta portal online New Straits Times (NST) meraih Anugerah Perak bagi Laporan Berita Terkini Akhbar (Newspaper Breaking News Article) dalam kategori Kandungan Editorial Terbaik (Best in Editorial Content).

Artikel berkenaan ditulis wartawan NST Tasnim Lokman. Ini juga adalah kejayaan dua tahun berturut-turut NST dalam anugerah itu.

Meraih Anugerah Gangsa dalam kategori yang sama ialah laporan mengenai dua bersaudara dari Palestin yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) selama hampir dua bulan disiarkan di akhbar dan portal online Harian Metro (HM) yang ditulis wartawan Kalidevi Mogan Kumarappa. Anugerah ini adalah yang keempat berturut-turut dimenangi HM.

Jurugambar NSTP, Osman Adnan pula meraih Anugerah Gangsa bagi Fotografi Sukan (Sports Photograph­y) dalam kategori Kewartawan­an Gambar Terbaik (Best in Photojourn­alism) untuk gambar pasukan bola sepak Malaysia meraikan kemenangan menentang Indonesia pada Sukan Sea 2017 yang disiarkan akhbar serta portal online NST.

Ini ialah kemenangan ketiga beliau di WAN-Ifra.

Anugerah Media Asia ialah pengiktira­fan kecemerlan­gan berprestij anjuran Persatuan Akhbar Antarabang­sa (WAN-Ifra).

Ia diadakan sebagai sebahagian daripada persidanga­n tahunan Publish Asia. Edisi 2018 berlangsun­g dua hari di pulau peranginan ini bermula semalam.

Anugerah disampaika­n oleh Pengerusi WAN-Ifra Asia Pasifik, Patrick Daniel dan Ketua Pegawai Operasi WAN-Ifra, Thomas Jacob.

Hadir sama Ketua Pegawai Komersial NSTP Alfian Talib dan Pengurus Besar, Perniagaan Digital dan Pembanguna­n NSTP Azizi Othman.

NSTP juga muncul institusi media Malaysia yang meraih paling banyak anugerah di Anugerah Media Asia 2018.

Kumpulan media The Star memenangi satu anugerah dalam kategori Kandungan Editorial Terbaik.

 ??  ??
 ??  ?? (DARI kiri) Osman, Azizi dan Alfian pada majlis Anugerah Media Asia, semalam.
(DARI kiri) Osman, Azizi dan Alfian pada majlis Anugerah Media Asia, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 6 Disember tahun lalu.
LAPORAN Harian Metro 6 Disember tahun lalu.
 ??  ?? KALIDEVI
KALIDEVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia