Harian Metro

Tunggu habis PhD

-

 Permintaan terakhir supaya isteri tamat belajar

“Saya percaya ejen perisikan Israel, Mossad adalah dalang di sebalik pembunuhan suami.

“Mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman berat atas perbuatan mereka,” kata Enas AlBatsh, 31.

Isteri kepada pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, 35, yang maut ditembak dua lelaki di depan Kondominiu­m Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan Idaman, Setapak, di sini, awal pagi Sabtu lalu berkata, dia mahu kematian suaminya mendapat pembelaan sewajarnya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, keluargany­a tidak pernah menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak sebelum ini, malah mereka menjalani kehidupan normal seperti keluarga lain.

“Beliau (Fadi) disayangi semua orang dan amat cintakan bidang pendidikan. Bagaimana seseorang boleh mengancam kami?” katanya.

Enas turut memaklumka­n permintaan terakhir arwah suami adalah supaya dia dapat menamatkan pengajian dalam ijazah doktor falsafah (PhD) di Malaysia.

Bagi tujuan itu, dia sudah mendaftar dalam program PhD di Universiti Malaya (UM), di sini.

“Bagaimanap­un, saya mahu melanjutka­n pengajian secara dalam talian kerana mahu tinggal di Gaza.

“Saya ingat suami pernah berkata, ‘kamu sudah bersabar menunggu saya menghabisk­an pengajian PhD dan saya akan menunggu kamu pula (menamatkan pengajian PhD)’.

“Beliau (Fadi) beriya-ia menyuruh saya melanjutka­n pengajian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kondominiu­m Idaman Puteri, malam kelmarin.

Wanita itu berkata, keluargany­a juga sudah mempunyai rancangan untuk bercuti di Malaysia.

Kenyataan Enas itu diterjemah­kan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dengan bantuan seorang lelaki Palestin yang menetap di negara ini.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika melawat keluarga mangsa semalam berkata, pihaknya menzahirka­n simpati terhadap mereka.

Katanya, kejadian menimpa mangsa amat mendukacit­akan.

“Keadaan isterinya (Enas) dilihat amat sedih, dalam lawatan ini saya menyampaik­an salam takziah daripada Wanita UMNO kepada keluarga Allahyarha­m.

“Saya dimaklumka­n isterinya dan tiga anak akan pulang ke Gaza, Palestin, petang ini (semalam) selepas tujuh tahun tinggal di Malaysia,” katanya.

Shahrizat tiba kira-kira jam 11 pagi untuk memberi sokongan terhadap keluarga Allahyarha­m Fadi.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan ahli keluarga mangsa.

Dalam pada itu, wakil keluarga mangsa Dr Abdalrahim Shehab berkata, mereka mengucapka­n terima kasih kepada Wanita UMNO kerana menziarahi keluargany­a.

 ??  ?? SHAHRIZAT menziarahi Enas, anak perempuan, Aseel Fadi dan anak lelaki, Muhammad Fadi 1, semalam.
SHAHRIZAT menziarahi Enas, anak perempuan, Aseel Fadi dan anak lelaki, Muhammad Fadi 1, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia