Harian Metro

Pencapaian PNB cermin kejayaan BN

-

Batu Pahat: Kejayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang meraih pencapaian cemerlang hari ini adalah kejayaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan PNB sehingga menjadi antara syarikat multinasio­nal terbaik dunia itu sekali gus menghakis keraguan serta sikap skeptikal sesetengah pihak dan masyarakat ketika ia diwujudkan 40 tahun lalu.

Katanya, sikap skeptikal masyarakat timbul berikutan kegagalan syarikat pelaburan dan amanah saham yang diwujudkan sebelum PNB.

“Namun kini, apabila Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) diadakan, ia bukan hanya secara ‘ceremonial’ (majlis) tapi lebih kepada (pameran) untuk memperliha­tkan kejayaan PNB, anak syarikat dan kumpulan.

“Yang asalnya sebuah yayasan pelaburan Bumiputera dengan permulaan cukup tetapi kini muncul antara syarikat multinasio­nal di dunia dengan 100,000 kakitangan, ia wajar dibanggaka­n dan dipuji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Ahmad Zahid berkata, melalui pengurusan profesiona­l PNB pandangan skeptikal segelintir masyarakat sebelum ini, kini sudah terhakis dengan pelbagai kecemerlan­gan PNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia