Harian Metro

Ramai lagi lebih layak

-

Barisan Nasional (BN).

“Saya fikir beliau sedar bahawa kita tidak mahu mana-mana parti komponen melemahkan antara satu sama lain, kerana tumpuan untuk mengekalka­n kerusi Parlimen Cameron Highlands lebih penting.

“Bagaimanap­un, beliau tetap mahu bertanding kerusi Cameron Highlands meskipun Presiden BN Datuk Seri Najib Razak mengatakan kerusi itu milik MIC.

“Apabila beliau sedar tidak akan memperoleh kerusi itu lalu membuat keputusan meletakkan jawatan. Keputusan itu tidak mewakili pendirian seluruh ahli myPPP, saya percaya ramai lagi berkelayak­an mengambil alih kepemimpin­an parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) Residensi Pandanmas 2 dan Pangsapuri Pandanmas 2 di sini, semalam.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n berkata, beliau yakin parti myPPP akan kekal menjadi sebahagian parti komponen BN.

“Cameron Highlands mempunyai 28,000 pengundi dan ini sudah tentu untuk kita mempertaha­nkan kerusi dan kita percaya parti myPPP akan terus kekal bersama BN bagi kepentinga­n masa depan terutama generasi akan datang.

“Kadang-kadang kalau apabila tidak dicalonkan atau diberikan kerusi untuk ditandingi, seseorang itu akan ikut hati dan panas hati, itu jadi masalah. Kita kena tenang, rasional, duduk dan fikir, kerana natijahnya pada parti,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai kemungkina­n Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertanding atas tiket bebas selepas namanya tidak tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Batu Pahat yang pernah ditandingi­nya pada PRU-13.

“Beliau belum menyatakan keputusan bertanding bebas, tetapi jika betul, beliau secara automatik akan digugurkan daripada UMNO, dia tahu Perlembaga­an UMNO, dia tahu syarat menjadi ahli UMNO, semua itu dia tahu.

“UMNO adalah institusi berstruktu­r dan ada akar umbi, begitu juga dengan 16 ahli yang dipecat dari parti kerana menyalahi perlembaga­an parti,” katanya.

 ?? Adnan ?? Cameron Highlands mempunyai 28,000 pengundi dan ini sudah tentu untuk kita mempertaha­nkan kerusi dan kita percaya parti myPPP akan terus kekal bersama BN bagi kepentinga­n masa depan terutama generasi akan datang”
Adnan Cameron Highlands mempunyai 28,000 pengundi dan ini sudah tentu untuk kita mempertaha­nkan kerusi dan kita percaya parti myPPP akan terus kekal bersama BN bagi kepentinga­n masa depan terutama generasi akan datang”
 ??  ?? KAYVEAS
KAYVEAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia