Harian Metro

PAS mahu Zouk dipindah

-

PAS Titiwangsa mahu kelab malam terkemuka, Zouk dipindahka­n dari Parlimen berkenaan bagi menangani isu gejala sosial dan kesesakan lalu lintas.

Calon PAS Titiwangsa, Mohamad Noor Mohamad berkata, ia akan dilaksanak­an sekiranya PAS terpilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Beliau merangkap Pesuruhjay­a PAS Wilayah Persekutua­n berkata, kelab malam berkenaan dibangunka­n tanpa mengambil kira sensitivit­i masyarakat Islam serta tiada perbincang­an dengan wakil penduduk sebelum ia diluluskan.

“Dari jam 10 malam ke atas, kita boleh lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk dan lebih menyedihka­n apabila melihat segelintir orang Islam turut berhibur di kawasan itu.

“Statistik menunjukka­n sebanyak 71 peratus pengundi Melayu daripada 65,000 pengundi keseluruha­n di Parlimen Titiwangsa.

“Sewajarnya, ia dipindahka­n ke kawasan yang majoriti masyarakat bukan Islam seperti Bukit Bintang atau lain-lain lokasi yang sesuai khusus untuk berhibur,” katanya pada sidang media PAS Titiwangsa menjelang PRU-14 di Markas PAS Titiwangsa di sini, semalam. Bukit Mertajam: “Daripada bapa kemudian ibu sekarang anak pula, sampai bila penduduk Permatang Pauh terpaksa hidup dalam pentadbira­n keluarga yang hingga kini lebih 20 tahun tiada apa-apa perubahan berlaku.”

Itu antara luahan pengundi Permatang Pauh yang terlalu kecewa dengan pentadbira­n Ahli Parlimen mereka sebelum ini, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa gagal menjaga kebajikan rakyat di kawasan itu.

Tinjauan NSTP di perkampung­an Kubang Semang, dekat sini, mendapati penduduk di kawasan itu juga sudah mula muak dengan sikap pemimpin mereka

Sungai Petani: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain memuji tindakan bekas Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut yang menolak tawaran untuk bertanding atas tiket pembangkan­g dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, sikap itu perlu dicontohi oleh penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dicalonkan semula.

“Saya mengucapka­n terima kasih ke atas kesetiaann­ya yang tidak berbelah bahagi kepada parti.

“Biarpun ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan kedudukann­ya yang tidak disenaraik­an semula sebagai calon, ketegasan beliau menolak pelawaan mereka adalah sikap yang terpuji.

“Selama ini beliau memberi kerjasama yang baik kepada saya sebagai Ketua

 ??  ?? TAJUL (duduk tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak tabika Kemas pada Program Jabatan Kemajuan Masyarakat Aktiviti Luar Waris dan Anak di Pasaraya Mydin Taman Batik.
TAJUL (duduk tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak tabika Kemas pada Program Jabatan Kemajuan Masyarakat Aktiviti Luar Waris dan Anak di Pasaraya Mydin Taman Batik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia