Harian Metro

Tabur bakti pada negara

-

Kuala Lumpur: Semangat patriotism­e tinggi membuatkan Arul Kanda Kandasamy memilih berkhidmat di 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan menyelesai­kan segala kemelut melanda syarikat strategik negara itu.

Jika diikutkan hatinya, beliau tiada masalah menerima tawaran atau terus bekerja di syarikat luar negara dengan gaji lebih tinggi namun sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara beliau memilih mencurahka­n bakti membantu negara.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari

dan Sarjana Undang-Undang University College London berkata, dengan pengetahua­n dan kepakaran dimiliki, tidak salah berbudi di tanah air sendiri.

“Kalau setakat nak makan gaji, pendapatan saya di Abu Dhabi dulu lebih lumayan.

“Namun, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kebolehan dalam penstruktu­ran semula, perbankan dan undang-undang, menjadi tanggungja­wab saya membantu dan menyelesai­kan isu 1MDB.

“Justeru, saya hendak diingati sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kelebihan dan mengambil tanggungja­wab menyelesai­kan isu di syarikat ini (1MDB),” katanya dipetik portal therakyat.com selepas sesi ceramah dan penerangan mengenai 1MDB dalam program Bicara Subang.

Program bicara itu anjuran Kelab Sahabat N87 di USJ15 dekat Subang, malam kelmarin.

Sebelum berkhidmat di 1MDB, Arul Kanda pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Abu Dhabi Commercial Bank serta ahli lembaga pengarah Global Investment House (Kuwait).

Arul Kanda bersyukur kerana keputusan melepaskan jawatannya di dua entiti perniagaan antarabang­sa itu tidak mendapat tentangan malah keluargany­a memahami apa beliau lakukan ketika ini kerana merasakan tiada siapa mahu memikul tugas di 1MDB.

 ?? Arul Kanda Kandasamy ?? ARUL Kanda Saya hendak diingati sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kelebihan dan mengambil tanggungja­wab untuk menyelesai­kan isu di syarikat ini”
Arul Kanda Kandasamy ARUL Kanda Saya hendak diingati sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kelebihan dan mengambil tanggungja­wab untuk menyelesai­kan isu di syarikat ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia