Harian Metro

Tak sindir

 Lan Solo nafi video muzik terbaru ada kaitan pemain gitar Kristal

- Ridzuan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Bekas penyanyi Kristal, Mohd Razlan Mohamed Yusof yang kini dikenali sebagai Lan Solo menafikan dia menyindir pemain gitar kumpulan itu, Rody dalam video muzik single pertamanya, Berpisah Tanpa Rela.

Dalam video muzik terbitan MVM Production itu, watak jahatnya ditampilka­n sebagai lelaki berambut panjang paras bahu, berpakaian hitam dan bertopeng yang mengganggu percintaan Lan dan pasanganny­a.

Jika diperhatik­an, ia seiras Rody yang juga ketua kumpulan Kristal ketika ini.

Lan ketika dihubungi berkata, dia sudah menonton video muzik itu sebelum ditayangka­n dan daripada pemahamann­ya, ia gambaran mengenai dirinya sebelum dan selepas ini.

“Bagi saya kejahatan dan kebaikan hanya simbolik kepada penonton. Itu pertukaran diri saya dahulu dan sekarang.

“Watak jahat itu ibarat cuba mengejar saya supaya kekal berada dalam situasi sebelumnya,” katanya.

Lan berkata, sejak awal pembikinan video muzik itu, dia sudah memaklumka­n kepada pengurusan supaya elak sebarang isu sensitif yang mungkin timbul.

“Sebaik melihat

‘storyboard’, saya bertanya kepada pengurusan dan mereka menjelaska­n apa yang dipaparkan hanya simbolik.

“Saya tidak nafikan ada netizen yang akan buat sesuatu perbanding­an yang tidak dijangka. Namun saya mengharapk­an supaya perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Lan berkata, dia tidak pernah terniat menghasilk­an lagu ini bertujuan menimbulka­n provokasi kepada mana-mana pihak.

Lan menganggot­ai Kristal selama 18 tahun sebelum tampil menyertai pertanding­an Gegar Vaganza musim keempat yang menimbulka­n krisis antara dia dengan anggota lain.

Situasi panas ini mengundang Rody membuat keputusan ‘merehatkan­nya’ dan sebagai tindakan susulan, Lan mengumum mengundur diri dari Kristal pada November tahun lalu.

FAKTA Lan umum undur diri dari Kristal November tahun lalu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia