Harian Metro

Santuni 200 anak yatim

- Farah Marshita Abdul Patah news@nstp.com.my

Berkongsi rezeki. Itulah konsep diterapkan Country Garden Pacific Views Sdn Bhd (CGPV) apabila tampil menaja program amal Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bagi menyantuni penduduk, terutama golongan kurang bernasib baik di kawasan Forest City, dekat Gelang Patah, Johor yang sedang dimajukann­ya.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut CGPV menjadi penaja utama TKHM dan tahun ini, syarikat pemaju itu menyumbang­kan RM100,000 bagi menjayakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dilaksanak­an oleh Harian Metro.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat di Jabatan Strategi, Forest City, Aeron Munajat, berkata penajaan itu adalah sebahagian usaha CGPV untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan terutama yang berada di kawasan Gelang Patah mengikut konsep berkongsi rezeki iaitu daripada hasil keuntungan syarikat.

“Usaha ini juga sejajar dengan aspirasi Forest City untuk berkongsi limpahan hasil pembanguna­n dan membangunk­an komuniti tempatan di sini.

“Sebagai contoh, Hotel Forest City Golf yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi turut mengambil 100 peratus tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk tempatan,” katanya pada majlis penyerahan replika cek kepada Pengarang Eksekutif, Projek Khas NSTP, Othman Mamat di Balai Berita di sini, kelmarin.

Aeron berkata, pada tahun

 Forest City bekerjasam­a jayakan program Titipan Kasih Harian Metro

ini Forest City akan membantu 200 anak yatim dan pelajar miskin serta 50 keluarga kurang berkemampu­an yang sudah dikenal pasti di sekitar mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Selain itu, lima masjid di mukim sama sudah dipilih untuk menerima sumbangan wang tunai RM2,000 bagi setiap masjid untuk menyediaka­n juadah moreh pada sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Kita akan berkongsi kegembiraa­n bersama penduduk setempat bagi menyambut Ramadan dan seterusnya merayakan Aidilfitri seperti yang kita lakukan pada tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Othman yang juga Pengerusi TKHM berkata, 200 anak yatim dan pelajar miskin itu akan dibawa ke pasar raya besar berhampira­n bagi membolehka­n mereka memilih sendiri baju dan kelengkapa­n hari raya mengikut citarasa masing-masing. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang ke-56 tidak akan diadakan, tahun ini.

Pemberitah­uan mengenai perkara itu dihebahkan menerusi surat yang dikeluarka­n Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 8 April lalu. Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kelisa dipandunya melanggar belakang Toyota Hilux di Kilometer 432.1 Lebuh

Raya PLUS arah Ipoh, semalam.

Kejadian jam 3.15 petang itu, kereta dipandu Mohamad Adam Ali, 22, dan pacuan empat roda berkenaan yang dipandu lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.

 ??  ?? AERON menyerahka­n replika cek sumbangan untuk menjayakan Titipan Kasih Harian Metro kepada Othman.
AERON menyerahka­n replika cek sumbangan untuk menjayakan Titipan Kasih Harian Metro kepada Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia