Harian Metro

Huawei P20 kamera terbaik dunia

-

Jika sebelum ini Huawei P20 dinobatkan telefon pintar dengan kamera terbaik daripada DxOMark untuk kedua-dua model P20 dan P20 Pro, baru-baru ini, ia dinobatkan pula sebagai sebagai Foto Peranti Pintar Terbaik dalam anugerah yang dianjurkan oleh TIPA Award 2018.

Kejayaan ini sekali gus menewaskan empat pencabar terdekat P20 iaitu Samsung Galaxy S9+,

Google Pixel 2, Huawei Mate 10 Pro dan iPhone X.

Menurut DXOMark Mobile, P20 Pro merekodkan 109 markah, P20 dengan 102 markah manakala Samsung

Galaxy S9+, Google Pixel 2, Huawei Mate 10 Pro dan iPhone X masing-masing mencatatka­n markah 99, 98, 97 dan 97.

Kemunculan P20 dengan reka bentuk yang mantap bersama sistem trikamera dengan kerjasama Leica membuah hasil apabila dilihat mampu menawarkan peranti pintar terbaik kepada penggunany­a.

Tambahan pula, gabungan kamera 40MP, 20MP dan 8MP adalah konfiguras­i yang pertama digunakan pada telefon pintar.

Daripada aspek spesifikas­i lain, P20 dan P20 Pro mempunyai 40GB sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

TIPA yang lebih dikenali sebagai Technical Image Press Associatio­n adalah persatuan yang terdiri daripada penyunting profesiona­l dari negara Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia.

Antara lain, TIPA turut membabitka­n penglibata­n amatur, dan penerbitan dalam bidang cetakan serta dalam talian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia