Harian Metro

Redakan sakit belakang

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Yoga mampu kurangkan kesakitan jika dilakukan secara berkala

Sakit pada tulang belakang amat mengganggu aktiviti seharian terutama jika sudah mencapai tahap kronik.

Oleh itu, penjagaan belakang badan amat penting untuk mengelakka­n kesakitan apatah lagi jika pekerjaan seseorang menuntut posisi duduk yang terlalu lama atau kerja yang perlu menghadap komputer untuk jangka panjang.

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah senaman yang dapat mengembali­kan kekuatan tulang belakang dan meredakan rasa lenguh atau sengal di bahagian belakang selepas seharian di pejabat.

Selain memastikan postur badan yang baik dan selesa ketika duduk di meja kerja, ubah posisi duduk anda sekerap mungkin untuk menjaga lengkungan semula jadi punggung.

Jangan duduk secara berterusan sepanjang masa sebaliknya sesekali berdiri dan lakukan regangan ringan atau ambil masa sedikit untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat. Selain itu, anda boleh juga melakukan gerakan yoga selama 15 ke 20 minit setiap hari.

Latihan ini dapat menguatkan otot pusat selain meringanka­n sakit belakang dan punggung yang dialami akibat terlalu banyak duduk.

Jurulatih kecergasan, Natasya Zainal berkata, sakit di bahagian bawah belakang adalah masalah yang sering dialami masyarakat dunia tidak kira umur mahupun jantina.

Katanya, terapi senaman menunjukka­n kesan untuk mengurangk­an kesakitan, meningkatk­an fungsi dan kekuatan tubuh sekiranya dilakukan secara berkala.

“Sakit pada bahagian bawah belakang (kawasan pinggang) berlaku biasanya kerana posisi atau postur badan yang tidak sesuai semasa melakukan aktiviti atau berada di posisi terlalu lama.

“Ini menyebabka­n otot terpaksa bekerja lebih untuk menampung tulang atau posisi badan. Melakukan senaman sekurangku­rangnya tiga kali setiap minggu dan 20 minit setiap sesi antara langkah terbaik melegakan sakit belakang,” katanya.

Yoga antara senaman yang berimpak rendah dan baik untuk melegakan kesakitan badan terutama di bahagian pinggang. Natasya menunjukka­n beberapa gerakan yoga yang dapat melegakan sakit belakang.

REGANGAN KUCING DAN LEMBU

1. Posisi seperti ingin merangkak dengan tangan menampung berat badan.

DUDUK KANAK-KANAK

2. Duduk dengan kaki dilipat dan perlahan-lahan lunjurkan badan ke lantai semampu yang boleh dengan tangan diluruskan ke depan.

REGANGAN OTOT BETIS

3. Dalam keadaan baring, angkat sebelah kaki lurus ke atas dengan kedua-dua tangan memeluk peha.

GAYA POKOK PALMA

4. Berdiri dan luruskan badan, tangan diangkat ke atas dan temukan jari kedua-dua tangan.

GAYA DUDUK PEMANCING

5. Duduk seperti mahu bersila dengan sebelah kaki diletak di tepi paha satu lagi. Kedua-dua tangan menampung badan di sisi.

KAKI LUNJUR KE DINDING

6. Posisi berdekatan dinding, baring dan letakkan kaki menegak

pada dinding.

GAYA TUNDUK ANJING

7. Berdiri dan tundukkan badan sehingga tangan menyentuh lantai. Pastikan muka menghadap kaki seperti bentuk V terbalik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia