Harian Metro

Along caj ‘bunga’ 30 peratus ditahan Jelingan pak belalai

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Kuantan: Tindakan dua lelaki dipercayai ceti haram atau along yang mengenakan ‘bunga’ sehingga 30 peratus kepada peminjam membawa padah apabila ditahan polis dalam Ops Valture di Genting Highlands, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, seorang daripada suspek berusia 38 tahun dari Batu Pahat, Johor ditahan di sebuah hotel di pusat peranginan berkenaan jam 4.06 petang.

Beliau berkata, seorang lagi dari Taman Bertam Perdana, Melaka berusia 31 tahun pula ditahan jam 11.45 malam di pekarangan Balai Polis Genting Highlands.

“Kedua-dua suspek ditahan oleh anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, penahanan kedua-dua suspek berkenaan dilakukan selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa lelaki berusia 30 tahun yang diugut oleh suspek dengan memasukkan gambarnya di dalam laman sosial awal bulan ini.

“Mangsa membuat pinjaman RM30,000 dengan jumlah faedah 30 peratus untuk seminggu. Bagaimanap­un, selepas hutang berkenaan dibayar, suspek masih lagi meminta wang daripada mangsa.

“Malah, gambar mangsa disebarkan dalam media sosial dengan dakwaan dia adalah seorang penipu dan penghutang,” katanya.

Mohd Wazir berkata, suspek juga meminta mangsa membayar RM8,000 bagi tujuan memadam gambar mangsa yang dimasukkan dalam media sosial. “Namun selepas wang dimasukkan, semua gambarnya masih belum dipadam dan mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Genting Highlands,” katanya.

“Binatang itu memerhati saya sebelum saya perlahan-lahan bergerak berlindung di sebatang pokok besar,” cerita Tengku Mohamad Tengku Abas, 61, selepas terserempa­k dengan seekor gajah ketika sesat di kawasan Hutan Jerangau Barat, dekat sini.

Tengku Mohamad berkata, dia gagal menemui jalan keluar dari kawasan hutan itu selepas terpisah dengan rakannya, Mat Lela Ibrahim, 57, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

“Saya dan rakan ke kawasan itu memancing sejak jam 4 petang dan tiga jam selepas itu Mat Lela mengajak saya pulang namun tidak dilayan kerana umpan mengena.

“Saya hairan, tidak sampai beberapa minit kawan saya yang berjalan pulang hilang daripada pandangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 Pemancing tersesat terpisah dengan rakan berdepan detik cemas di hutan

Katanya, dia kemudian bergerak pulang namun gagal menemui rakannya serta tidak menemui jalan keluar.

“Kami berdua sering memancing di situ dan saya pelik kerana gagal menemui jalan keluar sebelum mencari kawasan sungai,” katanya.

Menurutnya, ketika itu hari semakin gelap dan perasaan takut mula menyelubun­gi termasuk bimbang terserempa­k dengan binatang buas.

“Sangkaan saya tepat, ketika menyusuri sungai saya terserempa­k dengan gajah sebesar van itu dalam jarak beberapa meter dengan saya.

“Namun selepas beberapa minit memerhatik­an diri ini, saya bersyukur haiwan itu tidak mengapa-apakan sebaliknya hanya menyeberan­gi sungai itu,” katanya.

Katanya, sepanjang 15 jam berada di dalam hutan itu dia sempat tidur dengan berbantalk­an ikan hasil tangkapan.

“Saya tidak serik untuk ke sini lagi tetapi akan lebih berhati-hati kelak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang berkata, rakan mangsa yang menyedari Tengku Mohamad tidak keluar membuat laporan satu jam selepas itu.

Katanya, sepasukan anggota bomba dengan kerjasama polis dan penduduk kampung melancarka­n gerakan mencari serta menyelamat mangsa.

“Mangsa akhirnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 9.15 pagi ini (semalam) dalam jarak 10 kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Mohamad diberikan rawatan sebaik ditemui selamat selepas hilang.
TENGKU Mohamad diberikan rawatan sebaik ditemui selamat selepas hilang.
 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia