Harian Metro

Ceria bersama maskot badak air di hospital

-

Johor Bahru: Kehadiran maskot badak air bernama ‘J’ menceriaka­n kanak-kanak yang dirawat di Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.

Maskot yang dibawa khas Jordan Oral Care Berhad itu bertujuan mengembali­kan senyuman kanak-kanak berkenaan dengan memberikan cenderahat­i dan mengadakan aktiviti bersama mereka.

Pengurus Pasarannya Eric Yong berkata, mereka mahu kanak-kanak yang dirawat di hospital itu mendapat pengalaman sama seperti kanak-kanak sihat dan berseronok dengan aktiviti disediakan.

“Antara aktiviti yang kami lakukan adalah mengajak mereka menari lagu Oral Care, mengajar cara menggosok gigi dengan betul dan menyediaka­n kuiz supaya mereka lebih seronok untuk mendapatka­n hadiah.

“Kami juga membuat kejutan dengan membawa maskot badak air diberi nama ‘J’ dan ini kali pertama maskot ini muncul untuk menggembir­akan kanak-kanak di sini,” katanya ketika ditemui pada lawatan itu, semalam.

Eric berkata, tahun ini pihaknya mengadakan lawatan di tiga hospital di tiga negeri berbanding di Hospital Kuala Lumpur (HKL) saja tahun lalu.

“Tahun lalu, kita mengadakan lawatan di HKL dan saya gembira melihat kanak-kanak tersenyum mendapat cenderahat­i dan berseronok dengan aktiviti diadakan.

“Tahun ini, saya mengadakan lawatan di tiga hospital iaitu di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan. Johor adalah negeri pertama dalam lawatan amal kami ini,” katanya.

Beliau juga meminta orang awam yang mendapati terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang diedarkan di pasaran supaya membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

 ??  ?? MASKOT badak air ceriakan kanak-kanak di Hospital Sultanah Aminah, semalam.
MASKOT badak air ceriakan kanak-kanak di Hospital Sultanah Aminah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia