Harian Metro

Dadah RM13,000 dalam kondo

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

 Dua lelaki ditahan miliki bahan khayal, uniform lengkap polis untuk tujuan pemerasan

Dua lelaki disyaki pengedar ditahan bersama dadah jenis Methamphet­amine, serbuk dadah dan pil Eramin 5 dianggarka­n bernilai RM13,000 di sebuah kondominiu­m di Bandar Tun Razak, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di tempat letak kereta kondominiu­m berkenaan jam 3.15 petang.

“Polis merampas satu peket Methamphet­amine seberat 31 gram (g), alat penimbang dan kunci daripada poket seluar suspek yang juga seorang peniaga.

“Suspek juga mengaku menyimpan dadah di dalam rumahnya yang membawa kepada penahanan rakan serumahnya berusia 25 tahun pada jam 3.25 petang.

“Pemerikaaa­n lanjut di dalam rumah itu menemui 40 pil Eramin 5 dan 23 peket Methamphet­amine seberat 64g selain wang tunai berjumlah RM800 serta kunci sebuah kereta Mercedes Benz C200,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaa­n di dalam kereta itu pihaknya menemui dua peket serbuk dadah dan empat peket Methamphet­amine seberat 50g.

“Semua dadah yang dirampas dianggarka­n bernilai RM13,000.

“Kami turut menemui seragam pegawai polis berpangkat Asisten Superinten­dan dengan tanda nama ‘Muhd Nur’, kasut hitam pegawai kanan polis dan vest polis.

“Pakaian pegawai polis itu dipercayai digunakan oleh suspek kedua yang juga pemandu peribadi untuk melakukan kegiatan pemerasan,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali sebagai Farid yang menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

“Mereka sudah berurusan dengan lelaki terbabit sejak lima bulan lalu. Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan mereka didapati tiada rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ?? Abdul Ghani ?? ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Pakaian pegawai polis itu dipercayai digunakan oleh suspek kedua yang juga pemandu peribadi untuk melakukan kegiatan pemerasan”
Abdul Ghani ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Pakaian pegawai polis itu dipercayai digunakan oleh suspek kedua yang juga pemandu peribadi untuk melakukan kegiatan pemerasan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia