Harian Metro

Lebih praktikal

Nasim lancar SUV Peugeot 5008 Serba Baru

- Mohd Razlan Salleh cnews@nstp.com.my

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot melancarka­n model terbaru Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Peugeot 5008 Serba Baru yang lebih praktikal dan eksklusif.

Model tujuh tempat duduk daripada segmen C itu menawarkan ruang dalaman luas, sekali gus memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan SUV selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan berkata, pelancaran model berkenaan menjadi penanda aras bagi model SUV pada masa akan datang.

“Peugeot 5008 Serba Baru jelas berbeza dengan pesaing lain dengan pelbagai ciri terbaru dan pemanduan terbaik.

“Sebagai sebuah SUV, model ini juga dianggap sangat praktikal dengan kapasiti tujuh tempat duduk,” katanya ketika pelancaran­nya, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George dan Pengarah Urusan PSA Groupe (Operasi ASEAN), Lionel Faugures.

Bersaiz 4,641 milimeter (mm) panjang dan 1,844 mm lebar, Peugeot 5008 Serba Baru tampil dengan enjin 1.6L THP Turbo dengan kuasa 167 PS pada 6,000 rpm manakala daya kilas maksimum 240 Nm pada 1,400 rpm bersama transmisi automatik enam kelajuan Quickshift Tech.

Kelajuan maksimum dicatatkan adalah 206 kilometer sejam (km/j) sementara tahap penggunaan bahan api sekitar 7.3 liter per 100 kilometer.

Antara ciri terkini termasukla­h penggunaan LED pada lampu hadapan, belakang dan lampu kabus serta rim bersaiz 18 inci.

Ruang dalaman pula didatangka­n bersama paparan pelbagai fungsi skrin sentuh bersaiz lapan inci, pembesar suara Arkamys 3D, balutan kulit hitam Claudio dan lampu kabin LED.

Berharga RM173,888 tanpa insurans, empat warna ditawarkan antaranya Kristal Emerald, Kelabu Amazonite, Hitam Nera dan Putih Pearlescen­t.

Model ini turut didatangka­n dengan jaminan lima tahun, Bantuan 24 Jam Peugeot dan keahlian SkyLouge By Naza di Subang Skypark.

 ??  ?? Majlis pelancaran SUV Peugeot 5008 Serba Baru.
Majlis pelancaran SUV Peugeot 5008 Serba Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia