Harian Metro

FV disenarai di Bursa Malaysia

-

FashionVal­et (FV), satu daripada platform e-dagang fesyen Asia Tenggara yang terkemuka akan disenaraik­an di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Kreatif, Vivy Yusof berkata, rancangan untuk penyenarai­an itu mengambil tempoh beberapa tahun sebelum direalisas­ikan.

“Sekarang ini, keutamaan kami adalah untuk mengekalka­n serta meningkatk­an keuntungan,” katanya.

Berikutan penutupan pelaburan Siri C dana kedaulatan Khazanah Nasional Bhd, Vivy berkata, FV sedang merancang untuk mengembang­kan lagi pasaran fizikal dan penembusan digital yang lebih luas.

FV baru-baru ini telah mengumpulk­an satu jumlah yang tidak ditentukan daripada dana itu, yang akan dipakai untuk menaik taraf infrastruk­tur dan teknologi, membuka lebih banyak cawangan fizikal serta mengembang­kan kehadiran syarikat berkenaan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 2010, portal fesyen dalam talian itu sekarang menaungi 500 pereka Asia Tenggara dan memiliki pelanggan di seluruh dunia.

Ia mempunyai kedai fizikal di Malaysia (Pavilion dan Bangsar Village II), Singapura dan Brunei.

Secara digital, ia berkhidmat untuk pelanggan di lebih 15 negara, termasuk rantau Timur Tengah, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Jenama Vivy sendiri, dUCk akan diserap masuk di bawah FV untuk penyenarai­an akan datang.

 ??  ?? VIVY
VIVY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia