Harian Metro

15 PENDUDUK RENTUNG

- AFP

 Puluhan cedera telaga minyak di Peureulak terbakar

Sekurang-kurangnya 15 rentung, manakala puluhan lagi dengan sesetengah laporan menyatakan sehingga 50 mangsa cedera selepas telaga minyak di Peureulak, Aceh Timur, terbakar, semalam.

Dalam kejadian itu, orang ramai mengambil minyak dari telaga berkenaan apabila ia terbakar kira-kira jam 1.30 pagi dan sehingga berita ini ditulis, anggota bomba dengan kerjasama syarikat minyak kebangsaan Indonesia, Pertamina, masih berusaha memadamkan kebakaran.

AFP melaporkan, sekurang-kurangnya 10 mayat rentung sudah dikeluarka­n dari tempat kejadian dan lebih tiga rumah musnah disambar api.

“Api masih marak dan belum dapat dipadamkan,” kata ketua Daerah Ranto Peureulak, Saiful.

Menurut Reuters, 15 maut dalam kejadian itu dengan puluhan mangsa dibawa ke hospital di sini, yang sejauh beberapa jam perjalanan.

Pihak berkuasa percaya telaga minyak itu sedalam 250 meter dan digali secara haram oleh penduduk.

AFP yang memetik jurucakap polis melaporkan, mangsa mengambil minyak di permukaan telaga itu apabila kebakaran bermula.

Pihak berkuasa belum dapat memastikan jumlah minyak yang dikeluarka­n telaga berkenaan atau punca kebakaran bermula.

“Penduduk kampung mengerumun­i telaga berkenaan bagi mengambil minyak dan laporan awal menyatakan ada yang merokok berhampira­n telaga,” kata jurucakap polis, Wasisto.

Aceh Timur mempunyai banyak telaga minyak berskala kecil yang dilombong secara haram oleh penduduk tempatan.

Kerajaan menegaskan operasi perlombong­an itu tidak sah, namun sebelum ini belum pernah berlaku telaga minyak terbakar.

Ada penduduk yang melombong kembali telaga minyak yang ditinggalk­an dan ada yang menggali telaga baru bagi mencari minyak.

 ?? Wasisto ?? KEADAAN telaga minyak yang terbakar di Peureulak, Aceh, semalam. - EPA Penduduk kampung mengerumun­i telaga berkenaan bagi mengambil minyak dan laporan awal menyatakan ada yang merokok berhampira­n telaga”
Wasisto KEADAAN telaga minyak yang terbakar di Peureulak, Aceh, semalam. - EPA Penduduk kampung mengerumun­i telaga berkenaan bagi mengambil minyak dan laporan awal menyatakan ada yang merokok berhampira­n telaga”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia