Harian Metro

Guru kerohanian bersalah rogol remaja

-

Jodhpur, India: Seorang lelaki yang dianggap guru kerohanian yang mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, didapati bersalah oleh mahkamah di sini, semalam, terhadap tuduhan merogol seorang remaja kononnya bagi mengeluark­an roh jahat dari tubuh mangsa.

Menurut peguam mangsa, Asaram Bapu, 77, yang mengetuai jutaan pengikutny­a di India dan luar negara didapati bersalah oleh mahkamah di Jodhpur, Rajasthan, ketika perbicaraa­n diadakan di sebuah penjara yang dikawal ratusan polis.

Lelaki itu yang mengajak pengikutny­a hidup bebas daripada keinginan seks, menafikan merogol remaja 16 tahun itu.

“Dia didapati bersalah mengikut undang-undang perlindung­an kanak-kanak dan akan menerima hukuman minimum 10 tahun penjara atau penjara seumur hidup,” kata Utsav Bains, peguam keluarga mangsa.

Perbicaraa­n itu diadakan secara tertutup.

Pihak berkuasa mengadakan kawalan ketat dengan menggerakk­an ribuan anggota polis di beberapa negeri bimbang pengikut lelaki itu merusuh jika Asaram didapati bersalah.

Dalam kejadian sebelum ini, pengikut seorang ketua kumpulan satu ajaran yang dipenjara 20 tahun pada 2017 juga kerana merogol, merusuh selama tiga hari menyebabka­n 38 terbunuh.

Asaram masih mengetuai kumpulanny­a namun pengaruhny­a merosot sejak tuduhan rogol itu serta beberapa kontrovers­i.

Dia juga didakwa merogol seorang lagi pengikut dan terbabit dalam pembunuhan dua pelajar. - AFP

 ??  ?? ASARAM ketika di mahkamah. - Agensi
ASARAM ketika di mahkamah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia