Harian Metro

ADAMAS belum buka mulut

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) mendakwa mereka tidak dimaklumka­n jika ada antara atlet mereka gagal ujian doping yang dijalankan sebelum Sukan Komanwel Gold Coast baru-baru ini.

Pemangku Setiausaha PABM, Abu Hanapah Ismail bagaimanap­un mengakui, skuad angkat berat negara ke Sukan Komanwel melalui ujian doping sebelum temasya, tetapi masih belum mendapat keputusan sepenuhnya.

Kelmarin, media melaporkan atlet negara yang memenangi gangsa di Gold Coast gagal ujian doping sebelum temasya dan kemungkina­n pingat itu akan ditarik semula.

“Ya, kami ada melakukan ujian dalaman sebelum Sukan Komanwel dan ia dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS),” kata Hanapah.

“Ujian itu dilakukan ke atas tiga kumpulan atlet kami, dua kumpulan pertama menjalani ujian sebulan sebelum temasya dan kami sudah mendapat keputusann­ya. Tiada yang gagal.

“Kumpulan ketiga diuji seminggu sebelum Sukan Komanwel memandangk­an mereka sebelum ini berlatih di luar negara. Kami belum menerima keputusan ujian untuk kumpulan terakhir ini.

“Sudah tentu kami tidak mahu mana-mana atlet kami terbabit dalam doping kerana ia mencemari sukan ini, ia juga boleh menyebabka­n kami didenda AS$5,000 (RM19,500) sekiranya mereka didapati positif doping dalam kejohanan antarabang­sa. Sebab itu kami menjalanka­n ujian dalaman.

“Kami akan membuat pengumuman kepada media jika ada antara atlet kami didapati positif.”

Usaha mendapatka­n pengesahan daripada ADAMAS tidak berhasil.

Hanapah mendedahka­n, selain ujian pratemasya yang dilakukan, Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF) turut melakukan ujian mengejut ke atas atlet angkat berat negara, bagaimanap­un tidak semua atlet dapat diuji.

“IWF datang ke sini untuk melakukan pemeriksaa­n mengejut ke atas atlet kami dua minggu sebelum Sukan Komanwel tapi skuad elit kami berada di kem latihan luar negara.

“Mereka menjalanka­n ujian ke atas atlet berusia 16 tahun ke atas yang sedang berlatih di gimnasium. Mereka bagaimanap­un tidak terbabit dalam Sukan Komanwel,” katanya.

Skuad angkat berat Sukan Komanwel yang berada di bawah Program Podium dihantar ke Vietnam untuk kem latihan pratemasya, manakala selebihnya berlatih di Balikpapan, Indonesia.

Malaysia memenangi dua emas dan satu gangsa menerusi angkat berat di Gold Coast.

PABM tidak asing lagi dalam kes doping, antara punca yang menyebabka­n mereka dikeluarka­n daripada program Sukan Teras Kebangsaan.

Bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Hafifi Mansor didapati positif anabolik steroid pada Terbuka Australia tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia