Harian Metro

Chong Wei lepasi pusingan pertama

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia yang sedang berlangsun­g di Wuhan, China.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan kelima, berjaya mencatat kemenangan straight set ke atas wakil tuan rumah, Qiao Bin 21-17, 21-16, semalam.

Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, dia enggan mengulas panjang mengenai kemenangan itu sebaliknya mahu memberikan yang terbaik di setiap pusingan yang ditempuhi.

“Pemain muda memang sentiasa mahu menumpaska­n saya dan saya hanya fokus dengan permainan,” katanya ketika dihubungi.

Turut mara ialah pasangan beregu campuran dan juga pilihan keenam, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mengetepik­an Lee Yang-Hsu Ya Ching dari Taiwan, 21-19 21-6 dan akan menentang pasangan Indonesia, Ricky Karandasuw­ardi-Debby Susanto (Indonesia) di pusingan kedua hari ini.

Hasrat perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei untuk menamatkan badi kekalahan di tangan Busanan Omgbamrung­phan tidak kesampaian apabila tewas 21-18, 15-21, 10-21.

Sementara itu, dua pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut kecundang di pusingan pertama.

Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Indonesia, Angga Pratama-Riang Agung Saputro selepas tumpas straight set 17-21, 23-25, manakala Sze Fei-Nur Izzuddin pula tewas 22-20, 18-21, 17-21 kepada gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.

Turut tersingkir ialah pilihan ketujuh dalam beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila mereka tumbang di tangan wakil tuan rumah, He Jiting-Du Yue 21-18, 12-21, 16-21.

Lee Meng Yean yang baru sembuh daripada kecederaan terpaksa akur dengan pilihan ketiga dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota apabila dia dan Chow Mei Kuan kalah 12-21, 7-21.

 ??  ?? CHONG Wei pilihan kelima Kejohanan Badminton Asia.
CHONG Wei pilihan kelima Kejohanan Badminton Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia