Harian Metro

Caroline ‘pukau’ Maria

-

Bintang Russia kecundang di tangan pilihan keenam di Grand Prix Stuttgart

6-4 di tangan pilihan keenam dari Perancis, Caroline Garcia.

“Ini bukan keputusan yang saya inginkan, tetapi banyak yang boleh dipelajari saya daripada perlawanan ini,” kata Maria.

“Saya tidak bertanding untuk beberapa minggu, tetapi saya masih bermain dengan baik dan melakukan semua perkara yang betul.

“Saya melakukan servis dengan baik di set pertama tetapi beberapa kali melakukan kesilapan berganda pada waktu yang salah. Secara fizikalnya, saya berasa dalam keadaan terbaik.”

Juara lima Grand Slam itu yang memasuki usia 31 tahun minggu lalu, mempamerka­n penguasaan tatkala dia hanya melakukan dua kesilapan dalam set pembukaan.

Tetapi Caroline yang tidak pernah menumbangk­an jaguh Russia itu dalam empat pertemuan terdahulu bangkit daripada ketinggala­n 2-4 untuk mengikat aksi ke mata penentuan.

Tepat setahun yang lalu di gelanggang sama, Maria kembali beraksi selepas menjalani hukuman penggantun­gan doping selama 15 bulan.

Bagaimanap­un, nasibnya tidak sebaik tahun lalu - layak ke separuh akhir - apabila kehilangan mata pendahulua­n di set ketiga sebelum tumpas.

Caroline seterusnya akan berdepan pemain kelayakan dari Ukraine, Marta Kostyuk yang mengatasi Antonia Lottner 6-4, 6-1.

Marta yang berusia 15 tahun akan meneruskan perjuangan di pusingan kedua bersama pilihan kelima Karolina Pliskova yang menewaskan pemain Belanda, Kiki Bertens 6-2, 6-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia