Harian Metro

Harrington mahu jadi kapten Eropah

- AFP

Bintang tenis Russia, Maria Sharapova tersingkir di pusingan pertama Grand Prix Stuttgart selepas tunduk 3-6, 7-6 (8/6),

(gambar)

London: Pemenang tiga kejuaraan utama, Padraig Harrington menyuaraka­n hasrat untuk menjadi ketua pasukan Eropah bagi saingan Piala Ryder 2020.

Harrington sudah enam kali beraksi bersama pasukan Piala Ryder Eropah dan pernah bertindak sebagai penolong ketua pasukan di bawah Paul McGinley pada 2014 dan Darren Clarke dua tahun kemudian.

Pemain berusia 46 tahun itu dijangka sekali lagi akan memegang posisi sama apabila ketua pasukan Thomas Bjorn menyenarai­kan barisan Piala Ryder berdepan Amerika Syarikat di Perancis, September depan.

Namun, Harrington sudah memasang impian untuk mengetuai Eropah bagi edisi 2020, terutama kerana usianya akan mencecah 55 tahun sebaik Piala Ryder 2026.

Dia percaya amat berisiko untuknya menunggu selama sembilan tahun, apatah lagi sukar untuknya mengekalka­n prestasi baik di Jelajah Eropah untuk tempoh yang panjang.

(gambar)

“Saya amat berminat untuk menjadi ketua pasukan Piala Ryder selepas ini,” kata Harrington kepada pemberita.

“Apabila melihat dari segi permainan ketika ini, peluang saya untuk menjadi ketua pasukan kini lebih cerah berbanding kemudian hari kerana tidak selamanya akan kekal di puncak.

“Tapi untuk menunggu hingga 2026, ia terlalu lama. Terlalu berisiko buat saya. Saya mungkin sudah jauh di belakang ketika itu dengan semestinya ramai pemain muda lebih hebat tampil beraksi.” - AFP

 ??  ?? CAROLINE
CAROLINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia