Harian Metro

SOLAT ‘SENJATA’ SALAH

- Agensi

 Klopp akui beri ruang kepada bintang Muslim Liverpool tunai kewajipan sebelum beraksi

Liverpool

Juergen Klopp mendedahka­n, bintang Liverpool yang beragama Islam termasuk Mohamed Salah,

Sadio Mane dan

Emre Can diberikan ruang serta masa untuk melaksanak­an kewajipan mereka sebagai Muslim.

Menerusi wawancara bersama penyiar Britain, Channel 4 sebelum separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang AS Roma di Anfield, awal pagi semalam, Klopp mendedahka­n beliau dan pasukannya menghormat­i tuntutan agama pemainnya termasuk membenarka­n mereka mendirikan solat.

Sambil memuji impak yang dibawa oleh bintang dari Mesir, Salah sebagai menakjubka­n, Klopp berkata, ia adalah apa yang diperlukan oleh Reds ketika ini.

“Menakjubka­n untuk melihat seorang pemuda hebat yang penuh dengan keceriaan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa persahabat­an dan penuh dengan segala-galanya,” kata pengurus dari Jerman itu.

“Dalam dunia yang mana kita agak bergelut untuk memahami semua perkara yang berlaku di sekeliling kita, menakjubka­n untuk kami memilikiny­a di sini.

“Dia (Salah) seorang Muslim dan dia melakukan apa yang Muslim lain lakukan sebelum perlawanan. Membersihk­an diri (wuduk) dan perkara seumpamany­a.

“Jadi kami datang seminit atau dua minit lebih awal ke bilik persalinan supaya dia boleh menyediaka­n diri untuk perlawanan. Sama seperti Sadio Mane, Emre Can dan mereka melakukann­ya,” katanya.

“Tiada seseorang pun menyoal, kenapa kami harus tiba lebih awal dan perlu menunggu. Itu semua normal dalam satu pasukan, seperti dalam dunia yang ideal, kami cuba saling memahami antara satu sama lain,” katanya.

Impak dibawa Salah yang mengharung­i musim pertamanya bersama Liverpool musim ini cukup menakjubka­n malah peminat turut menyanyika­n lagu ‘I’ll be Muslim too’ kerananya.

“Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, if he’s good enough for you, he’s good enough for me, if he scores another few, then I’ll be Muslim too,” itulah yang dinyanyika­n peminat dari stadium hingga ke pub ketika mereka menonton aksi lincah Salah.

Pada perlawanan dengan Roma, awal pagi semalam, Salah terus mengganas apabila meledak dua gol dan melakukan dua umpanan untuk membantu Liverpool menang besar 5-2.

Kelmarin, Salah yang sudah meledak 43 gol dalam semua pertanding­an bersama Reds musim ini dipilih sebagai pemenang Anugerah Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l (PFA) 2017-18 dengan menewaskan Kevin de Bruyne, Harry Kane, Leroy Sane, David Silva dan David de Gea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia