Harian Metro

Suspek utama sembelih kenalan ditahan

-

Lahad Datu: Suspek utama kes bunuh menggunaka­n ‘barong’ di Taman Warisan 4 di sini, kelmarin, berjaya ditahan dalam operasi khas polis, pagi semalam.

Suspek berumur 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Harapan, di sini, jam 10.56 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, satu pasukan operasi khas diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu Asisten Superinten­dan Khairuddin Hussain menjalanka­n operasi bagi mengesan suspek sejurus kes pembunuhan itu berlaku.

Beliau berkata, operasi mengesan suspek turut dibantu Unit Teknikal (D8) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Pasukan Gerakan Am Batalion 17 (PGA BN 17), Pasukan Polis Marin dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Operasi pencarian meliputi kawasan Kampung Binuang, Dasar Baru, Sabah Baru, Sarip dan beberapa lokasi lain sekitar daerah ini.

“Susulan maklumat orang awam, serbuan dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Harapan dan suspek yang ketika itu sedang bersembuny­i berjaya ditangkap,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Hamzah berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari kelmarin, seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan leher hampir putus akibat ditetak menggunaka­n parang ‘barong’ oleh kenalannya di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah.

Dalam kejadian itu, mangsa Fazrin Ibrahim, 30, beralamat Kampung Tabanak, Jalan Silam, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adik iparnya berusia 11 tahun cedera di beberapa jari akibat ditetak suspek terbabit dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia