Harian Metro

Memang sah anak kami!

Keluarga mangsa lemas tunggu proses bedah siasat

- Farah Marshita Abdul Patah news@nstp.com.my

“Kami mengambil masa lama untuk membuat pengecaman mayat, namun ia sah anak kami berdasarka­n seluar yang dipakainya, isteri saya tidak berhenti menangis,” kata Ng Mook Sung, 61.

Mook Sung berkata demikian selepas membuat pengecaman terhadap mayat anaknya, Ng Hoi Lang, 20, yang ditemui lemas di kawasan perairan Pulau Manukan, petang kelmarin, selepas dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.15 petang Ahad lalu, Hoi Lang dan anak majikannya, Petrus Lai Chui Ming, 12, mandi di muara pantai Bundusan, Pengalat Besar, Papar, sebelum mereka dilaporkan hilang selepas dihanyutka­n arus.

Mayat Chui Ming, 12, ditemui sekumpulan nelayan di kawasan pantai, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang keesokan harinya.

Mook Sung yang berasal dari Kampar, Perak, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya yang bekerja di sebuah restoran di Pekan Papar pada 2 April lalu di Kuala Lumpur.

“Lebih menyedihka­n ketika itu ibunya tidak ada kerana berada di Thailand. Kini kami menunggu hasil bedah siasat sebelum menguruska­n pembakaran mayatnya di sini dan abu mayat akan dibawa pulang ke Perak untuk disemadika­n,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemui sekumpulan nelayan pada jam 5.53 petang kelmarin di perairan berhampira­n Pulau Manukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia