Harian Metro

Kinsik dijangka ganti Pairin

-

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Daniel Kinsik dijangka menggantik­an Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Sebuah akhbar tempatan mendakwa Pairin yang juga Presiden PBS bagaimanap­un bersetuju untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan yang disandangn­ya sejak 1976 walaupun sebelum ini menyuaraka­n hasrat untuk bersara.

Difahamkan, Pairin bagaimanap­un memberi laluan kepada Kinsik yang juga Timbalan Ketua PBS Tambunan untuk bertanding di Parlimen Keningau.

Ketika dihubungi, Kinsik berkata, beliau bersedia untuk bertanding di Keningau jika parti membuat keputusan untuk memilihnya.

“Saya menjadi pengikut Pairin sejak 1976 dan menjadi ahli PBS sejak penubuhan parti itu pada 1985. Saya juga pernah menjadi ketua pemuda pada peringkat bahagian dan negeri. Saya sudah membuktika­n taat setia kepada parti,” katanya.

Kinsik berkata, beliau dipilih berdasarka­n faktor berkenaan selain kerana bantuan yang diberikan kepada Pairin dalam melayani rakyat di Parlimen Keningau.

Beliau turut menyuaraka­n keyakinan rakyat Keningau masih bersama BN.

Selain memegang jawatan dalam parti, Kinsik Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan mengumumka­n senarai calon BN Sarawak hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia