Harian Metro

Denda RM10 juta dah dipersetuj­ui

-

Alor Setar: Denda RM10 juta jika wakil rakyat keluar parti. Langkah itu dipersetuj­ui Pengerusi pakatan pembangkan­g Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mempertaha­nkan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan denda terhadap wakil rakyatnya yang keluar parti selepas menang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengambil contoh baiah yang dilaksanak­an PAS, Mukhriz berkata, PKR juga mempunyai cara tersendiri bagi memastikan wakil rakyatnya kekal dalam parti.

Mengulas lanjut beliau berkata, kaedah itu juga berupaya menuntut calon pakatan pembangkan­g supaya terus ikhlas untuk berjuang bersama parti.

“Masing-masing ada kaedah sendiri. Dulu PAS ada baiah, jadi kita ada cara tersendiri, tetapi akhirnya ia bergantung pada hati seseorang itu apa niat sebenarnya, ” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon Gabungan Pembangkan­g di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dilaksanak­an PKR yang berhasrat mengenakan denda sebanyak RM10 juta terhadap mana-mana wakil rakyatnya yang melompat parti jika menang pada PRU-14.

Sementara itu, Mukhriz yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesai­kan pelan perancanga­n pembanguna­n negeri termasuk menyelesai­kan isu masalah bekalan air.

Ini kerana beliau hanya sempat memegang jawatan Menteri Besar Kedah selama kira-kira dua tahun menyebabka­n banyak perancanga­n tidak dapat dilaksanak­an.

“Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang apabila perancanga­n yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah,” katanya.

Masing-masing ada kaedah sendiri. Dulu PAS ada baiah, jadi kita ada cara tersendiri, tetapi akhirnya ia bergantung pada hati seseorang itu apa niat sebenarnya”

Mukhriz Mahathir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia