Harian Metro

Kongsi gembira raih anugerah pelajar cemerlang

-

Dua sahabat berkongsi kegembiraa­n apabila meraih Anugerah Pelajar Cemerlang pada Majlis Anugerah Akademik Terbilang 2018 di sini, kelmarin.

Bekas pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) itu, Muhammad Nabhan Kamarudzam­an dan Muhammad Syauqi Ishak masing-masing berusia 18 tahun menerima anugerah itu kerana kejayaan mendapat 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Mereka berdua antara 18 pelajar cemerlang SPM yang menerima anugerah berkenaan, selain tujuh penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 16 penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Katanya, kejayaan cemerlang kakaknya sebelum ini mendorong dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak langkah kakaknya itu yang dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Ibu bapa dan rakan banyak memberi sokongan kepada saya selama ini. Terpaksa berjauhan dengan ibu bapa kerana tinggal di asrama ketika itu membuatkan saya tekad membuktika­n kepada mereka saya boleh berjaya.

“Insya-Allah, saya mahu menyambung pengajian dalam jurusan ekonomi di sebuah universiti di Amerika Syarikat sekiranya permohonan diterima,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n anugerah itu.

Sementara itu, Muhammad Syauqi berkata, kejayaanny­a didorong keinginan untuk menggembir­akan dan membuatkan ibu bapanya bangga.

“Saya anak bongsu daripada tiga beradik dan juga harapan keluarga untuk mencapai apa yang dua kakak saya tidak dapat capai. Saya berusaha gigih. Alhamdulil­lah ia membuahkan hasil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia